Roti telur naik harga

Roti telur naik harga

ALOR SETAR – Peniaga roti canai di bandar raya ini mengeluh apabila terpaksa menaikkan harga roti telur kepada RM3 sebiji di kedai mereka ekoran krisis bekalan bahan itu ketika ini.

Menurut Mohd. Nazri Amir Khan, 29, dia terpaksa menggunakan telur ‘kayangan’ berharga RM1 berbanding 56 sen sebiji untuk memenuhi permintaan pelanggannya.



“Bukan senang nak dapatkan bekalan telur sekarang, kami memerlukan sehingga 200 biji telur sehari untuk menyediakan roti telur.

“Kadang-kadang saya terpaksa mencari telur hingga ke Pendang. Pernah satu ketika telur kehabisan jadi terpaksa guna telur kayangan atau telur Omega. Akibatnya harga roti telur terpaksa dinaikkan kerana kosnya meningkat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nazri, masalah bekalan telur itu berlaku sejak Ogos lalu dan berterusan sehingga hari ini.

“Ramai pelanggan yang tak faham marah, tetapi kami tiada pilihan. Insya-Allah jika masalah pulih kami akan turunkan harga seperti biasa,” katanya.



Mohd. Nazri memberitahu, krisis bekalan dan harga telur itu adalah terburuk sejak berniaga roti canai, empat tahun lalu. Pada bulan lalu, dia terpaksa menutup kedai selama dua hari kerana tiada bekalan telur.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu bekalan itu secepat mungkin yang dilihat menjejaskan perbelanjaan pengguna.

“Saya mendapat rungutan daripada peniaga yang terpaksa menaikkan harga makanan berasaskan telur. Mereka bertungkus lumus untuk mendapat telur Gred B pada harga 56 sen berbanding 43 sen sebelum ini.

“Ada juga terpaksa guna telur premium berharga RM1 sebiji apabila terputus bekalan. Kerajaan perlu memberi jaminan selain harganya turun, bekalan juga tidak terputus,” katanya. K Online



Roti telur naik harga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker