Pelaburan tambahan RM25b Infineon usaha Kerajaan Pusat – Tengku Zafrul

Pelaburan tambahan RM25b Infineon usaha Kerajaan Pusat – Tengku Zafrul

PELABURAN tambahan sebanyak RM25 bilion oleh Infineon Technologies AG dari Jerman di Malaysia direalisasikan ketika di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan bukannya pelaburan diumum tahun lepas.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia dicapai susulan pertemuan antara ketua pegawai operasi syarikat tersebut bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia bagi memuktamadkan pelaburan tambahan berkenaan.



Menurutnya, sebelum pelaburan tambahan tersebut masuk, syarikat itu mengadakan rundingan bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan kementeriannya.

“Cuma bila ada pihak nak buat seolah-olah kerajaan pusat sekarang tidak bawa pelaburan tambahan baru saya terpaksa jawablah.

“Semua dah tahu Infineon bakal buat pelaburan tambahan RM25 bilion di Malaysia untuk bina fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200mm terbesar di dunia. Pelaburan ini bukan pelaburan diumum tahun lepas. Ini pelaburan tambahan,” katanya.

Beliau menyatakannya menerusi hantaran video di TikTok selepas ada pihak cuba mengambil nama atas pelaburan dibuat syarikat itu pada Ahad.



Tengku Zafrul berkata, keputusan syarikat penyedia penyelesaian semikonduktor menambah pelaburannya adalah kesan keyakinan kepada kestabilan politik negara ini.

“Bila kerajaan asyik bertukar, pelabur kurang yakin nak masuk. Kenapa? Sebab bila kerajaan baru masuk, mungkin akan tukar dasar, jadi ini mungkin boleh beri impak negatif kepada pelaburan.

“Tetapi kerajaan sekarang ini kukuh, majoriti pun dua per tiga. Insya-Allah akan bertahan sehingga hujung tempoh,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, keyakinan syarikat asing terhadap kemampuan kerajaaan terbukti menerusi pencapaian suku pertama ekonomi tahun ini apabila jumlah pelaburan yang diluluskan adalah RM71.4 bilion, naik 60 peratus berbanding suku pertama tahun lepas.



“Tahun lepas Infineon nak melabur RM8 bilion, MITI dah beri insentif, tahun ini Infineon nak melabur RM25 bilion, pelaburan ini akan mewujudkan banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Produk syarikat ini akan dieksport ke luar negara. Jadi hasil pendapatan negara akan meningkat tinggi,” tambah beliau.

Walaupun Tengku Zafrul tidak menyebut “pihak” dimaksudkan, namun ia dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Infineon telah memaklumkan lebih awal untuk membuat pelaburan baharu tahun lalu.

Media melaporkan, dalam ucapan sempena Ta’aruf Perpaduan, di Jitra, semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata persetujuan syarikat itu melabur RM25 bilion hasil rundingan dengan Kerajaan Perpaduan.



Katanya, keputusan itu dicapai setelah kerajaan Kedah membuat rundingan selama 13 bulan, namun gagal mencapai kata putus. Utv

Pelaburan tambahan RM25b Infineon usaha Kerajaan Pusat – Tengku Zafrul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker