Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
#PRU15
Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
Usaha calon Bebas bagi kerusi Parlimen Batu, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali sebagai Cleopatra, mengetengahkan isu kemasyarakatan melalui platform persatuan Hawa sebelum ini, tidak dilayan pihak berwajib.
Inisiatifnya yang cuba mengetengahkan masalah berkaitan pendidikan, pekerjaan dan bantuan kos sara hidup yang sering dipandang sepi itu menyebabkan Nur Fathiah, 28, tekad bertanding di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, platform Hawa diakui tidak mempunyai suara yang cukup kuat untuk menyelesaikan isu kemasyarakatan yang diperjuangkannya selama ini.
“Soalan yang sering diajukan kepada saya ialah kenapa saya bertanding sebagai calon Bebas pada PRU15. Sebagai pengasas Hawa, banyak kerja kemasyarakatan saya selama ini agak terbatas.
“Ini kerana Hawa tidak mempunyai suara cukup kuat untuk membantu rakyat terutama dari sudut pelajaran, peluang pekerjaan dan bantuan kos sara hidup.
“Banyak usaha dan aduan saya ketengahkan kepada pihak berwajib terutamanya kerajaan dipandang sebelah mata dan tidak mendapat layanan.
“Menafikan hak penduduk Batu untuk mendapat pembelaan yang wajar adalah perkara yang amat mengecewakan. Justeru, saya menawarkan diri sebagai calon Bebas supaya dapat membawa pembaharuan dan mengubah Parlimen ini ke arah lebih baik, ” katanya di Twitter, di sini, hari ini.
Nur Fathiah Syazwana bakal ditentang sembilan calon lain di Parlimen Batu dalam pertandingan 10 penjuru iaitu yang paling tinggi bagi PRU15 kali ini.
Selain Nur Fathiah Syazwana, antara pemimpin yang berminat merebut Parlimen Batu ialah bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut bertanding atas tiket Bebas, penyandang kerusi itu daripada Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran dan peguam serta aktivis, Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kassim.
Dengan cogan kata ‘Reset Batu’, Nur Fathiah Syazwana berkata, pihaknya berjanji akan mengetuai perjuangan bagi menyediakan kehidupan lebih baik di Batu jika diberikan kepercayaan pengundi untuk menjadi wakil rakyat di situ.
“Terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan pemimpin terdahulu di sini dan kita tidak boleh menunggu lebih lama. Bersama saya, kita akan membangunkan Batu.
“Kita memerlukan wakil dalam kalangan anak muda untuk memimpin masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya. BH
Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)