5 KPI Shahril Hamdan tetapkan di Alor Gajah

ALOR GAJAH: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan menetapkan lima petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai manifesto bagi membolehkan masyarakat menilai prestasinya sebagai wakil rakyat, jika mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata, lima KPI tersebut boleh diukur dalam tempoh enam bulan, setahun, empat tahun dan lima tahun.

Beliau berkata, KPI berkenaan akan tertumpu kepada penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan gaji penduduk, infrastruktur, kualiti pendidikan serta aspek kebudayaan dan adat resam.

“Saya mencadangkan lima KPI terletak di bahu saya. Yang pertama mampukah dalam tempoh menjadi Ahli Parlimen kita menambah peluang pekerjaan. Kedua mampukah saya menjadi Ahli Parlimen, kita meningkatkan pendapatan purata penduduk Alor Gajah.

“Ketiga, mampukah kita naik taraf infrastruktur, KPI keempat mampukah saya perkasakan akses dan kualiti pendidikan dan kelima mampukah saya menaikkan martabat kebudayaan serta adat semua lapisan masyarakat di Alor Gajah,” katanya kepada pemberita selepas Program Suara Hati Orang Muda Alor Gajah di Rembia, di sini malam ini.

Pada PRU15, Shahril yang juga Ketua Penerangan UMNO ditentang tiga lawan iaitu penyandang kerusi daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof; calon Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Muhammad Nazriq Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, beliau turut bercadang melaksanakan sesi dialog awam setiap dua atau tiga bulan selepas bergelar Ahli Parlimen Alor Gajah kelak.

Jelasnya, dalam sesi tersebut akan dibentangkan perkara yang berjaya atau gagal dilakukannya serta membolehkan masyarakat berdialog secara langsung.

“Saya rasa ini adalah satu pembaharuan yang perlu dilaksanakan sebagai calon muda dalam satu kepemimpinan, kalau saya diberi peluang menang PRU15 ini,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker