Feri ke Langkawi ‘sangkut’ lagi
Feri ke Langkawi ‘sangkut’ lagi
Sebuah feri membawa 133 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi “tersangkut” berhampiran jeti Kuala Kedah kira-kira 4 petang tadi.
Kejadian itu kali kedua membabitkan feri tersangkut pada tali sauh kapal di kawasan Kuala Kedah dalam tempoh seminggu.
Dalam kejadian 23 Okt lalu, sebuah feri membawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut berhampiran jeti Kuala Kedah sekitar 4 petang.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Baharin Baharom, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Bahagian Operasi Ferrylines Ventures Sdn Bhd berikutan feri dijadualkan berlepas pada 4 petang dari Kuala Kedah itu tersangkut tali sauh.
Katanya, setakat ini operasi memindahkan semua penumpang dalam feri dilakukan dengan bantuan bot nelayan serta pasukan penyelamat.
“Ketika kejadian air laut berada pada paras ketinggian 2.1m.
“Semua penumpang tidak dapat meneruskan perjalanan ke Langkawi hari ini disebabkan air laut sudah semakin surut ketika ini dan pasang pada 12 tengah malam ini,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, penumpang feri ditempatkan di sekitar hotel di Alor Setar dan syarikat feri akan menampung segala kos penginapan kerana memahami mereka sudah membuat tempahan di Langkawi dan sebagainya.
Katanya, perjalanan ke Langkawi akan diteruskan pada 2 petang esok.
“Bagaimanapun penumpang yang hendak mendapatkan semula wang mereka, kita akan pulangkan.
“Kami akan berbincang dengan peguam kami untuk mendapatkan nasihat sama ada boleh menyaman kontraktor.
“Masalah ini memberi nama buruk kepada syarikat kami dan nama Pulau Langkawi serta kos ganti rugi dan pembaikan yang tinggi terpaksa dikeluarkan jika berlaku insiden seperti ini,” katanya.
Menurutnya, insiden sebelum ini tidak memberi pengajaran kepada semua pihak dan amat menyedihkan. FMT
Feri ke Langkawi ‘sangkut’ lagi
Baca Artikel Menarik:
- Tiada Siapa Akan Selamat Bila Kerajaan PH Pilih Anda Jadi Mangsa
- Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman
- Tepukan gemuruh di Tambun tapi adakah ‘nyanyian’ Anwar ikut rentak?
- Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’
- Menari sakan, Sweet Qismina kena kecam dengan netizen (Video)
- Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong
- ‘Dia letak saja borang, keahlian terlucut’ – DAP bagi amaran
- Mujahid saman PAS
- PAS mahu tipu siapa? Kedah guna lambang PN, Kelantan dan Terengganu lambang PAS
- Undi Pas Terengganu berpecah, BN untung – Ahmad Said
- Mahathir tersepit, selepas Anwar kini Muhyiddin pula tolak kerjasama
- Man Kidal diisytihar muflis
- Tommy Thomas mengelabah, mohon mahkamah batalkan laporan pasukan petugas khas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET