Guirassy suluh kemenangan Guinea

Guirassy suluh kemenangan Guinea

Guirassy suluh kemenangan Guinea
GUIRASSY ledak gol kemenangan ketika membantu Guinea tewaskan Kenya 1-0. -FOTO Imogo

Conakry: Serhou Guirassy meraikan penampilan sulungnya sebagai kapten Guinea dengan menjaringkan gol kemenangan ketika membantu pasukannya menewaskan Kenya 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2027 awal pagi tadi.

Penyerang Borussia Dortmund itu menjaringkan gol pada minit ke-32 dalam aksi Kumpulan D yang menyaksikan 25,000 penonton memenuhi stadium di Conakry.

Apabila pertahanan sayap Sekou Sylla melakukan larian ke dalam kotak penalti sebelum disekat pemain Kenya, bola melantun kepada Guirassy yang melepaskan rembatan melepasi penjaga gol, Bryne Odhiambo.

Pada babak pertama, penyerang Guinea berusia 30 tahun itu hampir membuka jaringan menerusi sepakan percuma yang terkena palang.

Guirassy terus menjadi ancaman kepada pertahanan Kenya dan hanya tindakan berani pertahanan tengah, Frank Odhiambo, menghalang penyerang itu daripada menambah jaringan tidak lama selepas babak kedua bermula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih TPM, Jalan Kampung Parit Keroma Dinaik Taraf


Guirassy mengetuai Guinea selepas pengendali dari Portugal, Paulo Duarte, melakukan empat perubahan terhadap kesebelasan yang tewas kepada Afrika Selatan Sabtu lalu, termasuk menggugurkan kapten merangkap pertahanan tengah, Saidou Sow.

Afrika Selatan kini mendahului kumpulan selepas dua perlawanan dengan enam mata susulan kemenangan besar 5-0 ke atas Eritrea pada Rabu.

Guinea mengumpul tiga mata, manakala Kenya dan Eritrea masing-masing memiliki satu mata.

Kenya yang menjadi tuan rumah bersama AFCON 2027 layak secara automatik ke kejohanan itu dan menyertai pusingan kelayakan bagi mendapatkan aksi kompetitif.

Tiga negara lain pula bersaing untuk merebut satu tempat ke kejohanan berkenaan.

Guirassy suluh kemenangan Guinea


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker