Tukang rumah maut terjatuh dari bumbung rumah

Tukang rumah maut terjatuh dari bumbung rumah

Tukang rumah maut terjatuh dari bumbung rumah
Seorang tukang rumah dilaporkan maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah rumah yang masih dalam pembinaan selepas mengadu pening di Peringkat 2, Felda Tenang, di Besut, hari ini.- Foto tular

BESUT: Seorang tukang rumah maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah rumah yang masih dalam pembinaan di Peringkat 2, Felda Tenang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, mangsa berasal dari Kampung Bukit Payong, Jertih sedang menjalankan kerja-kerja memasang atap.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata, mangsa Zulkarnan Alias, 56, dilaporkan sebelum kejadian mengadu pening dan pitam sebelum terjatuh ke bahagian dalam rumah dan didapati tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan pada bahagian dada dan abdomen akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

Tukang rumah maut terjatuh dari bumbung rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker