Wanita warga emas penghuni sekolah pondok maut dilanggar ketika lintas jalan
Wanita warga emas penghuni sekolah pondok maut dilanggar ketika lintas jalan

YAN: Seorang wanita warga emas maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas untuk membeli nasi lemak di hadapan Sekolah Menengah Agama (SMA) Fauzi, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.35 pagi, mangsa berusia 63 tahun yang juga penghuni sekolah pondok berhampiran dipercayai sedang melintas jalan untuk membeli nasi lemak sebelum dirempuh sebuah kereta.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, kereta terbabit dipandu seorang jururawat yang bertugas di Hospital Yan.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
“Kereta yang terbabit dalam kemalangan itu sudah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.
Wanita warga emas penghuni sekolah pondok maut dilanggar ketika lintas jalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Turun Padang, Santuni Warga Simpang Renggam
- Mesyuarat Terakhir, Ab Rauf Hargai Komitmen Barisan EXCO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tabung RM50 Juta Bukan Sekadar Sumbangan, Tanda Solidariti Buat Najib
You must be logged in to post a comment.