Messi tambah koleksi kelab di Sepanyol
Messi tambah koleksi kelab di Sepanyol

Madrid: Ikon Argentina, Lionel Messi, secara rasmi mengambil alih Eldense, kelab divisyen kedua Sepanyol, umum kelab berkenaan semalam.
Eldense yang berpangkalan di kawasan pedalaman berhampiran Alicante itu menjadi kelab kedua dalam bola sepak Sepanyol yang dimiliki bekas penyerang Barcelona berkenaan selepas beliau membeli Cornella, berhampiran Barcelona, pada April lalu.
“Club Deportivo Eldense secara rasmi mengumumkan pengambilalihan oleh Leo Messi.
“Ditubuhkan pada 1921, CD Eldense memulakan lembaran baharu dengan cita-cita untuk mengukuhkan kedudukan dan berkembang dalam bola sepak profesional,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman dalam talian mereka.
Messi, 39, beraksi bersama Inter Miami sejak tahun 2023 dan menurut laporan media, kontraknya mengandungi peruntukan untuk beliau menjadi pemegang saham dalam kelab Major League Soccer (MLS) itu selepas bersara daripada bola sepak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jafry Ariffin Kenang Pengalaman Budaya Sabah Dipersembahkan Di China
- ‘Pilih Tren Elak Trafik, Sekali Tambang Naik’ – Suraya
- Sorok, Sembunyi Dan Nafikan… PKR Ulang Modus Operandi Lama?
Pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali itu mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada penghujung Ogos selepas Argentina tewas kepada Sepanyol dalam final Piala Dunia 2026.
Messi tambah koleksi kelab di Sepanyol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji Politik PH Dipersoal, Anthony Loke Tak Jadi Letak Jawatan?
- Majlis Ulama UMNO Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ajaran New Age Movement
- Belanjawan 2027: Empat Tuntutan Utama Rakyat Labuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
You must be logged in to post a comment.