Hati-hati ‘bisikan’ benarkan PH mentadbir lagi

#PRU15

Hati-hati ‘bisikan’ benarkan PH mentadbir lagi

Rakyat diingatkan berhati-hati apabila didekati ‘bisikan’ yang meminta supaya Pakatan Harapan (PH) dipilih sebagai kerajaan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini kerana sejarah pentadbiran PH dalam tempoh 22 bulan selepas PRU14 sudah membuktikan sekurang-kurangnya 10 ‘kesalahan’ dikesan dilakukan gabungan itu yang dilihat membawa kepada kerosakan negara.



Justeru katanya, alasan PH bahawa tempoh 22 bulan itu tidak cukup panjang untuk mentadbir negara adalah tidak selari dengan pemikiran rakyat kini.

“Rakyat masa kini yang bijaksana berpendapat sebaliknya iaitu ‘nasib baik PH cuma mentadbir 22 bulan, jika lebih panjang nescaya Malaysia semakin rosak.

“Jadi jangan biarkan mereka fikir rakyat terlalu naif dan semudah itu untuk masuk ke perangkap yang sama,” katanya di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menggariskan 10 tindakan dibuat PH yang memberi kesan kepada pentadbiran dan ekonomi negara dalam tempoh mereka memimpin negara.



Ia antaranya melantik peguam kepada setiausaha agung DAP, sebagai peguam negara; melantik aktivis PKR sebagai Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); menteri kewangannya membuat kenyataan rasmi berbaur politik sehingga menjejaskan pasaran saham.

“Perdana Menteri dari PH ketika itu turut membuat kenyataan yang menjejaskan hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia, perkembangan ekonomi jadi paling perlahan sejak suku ketiga 2009 sebelum penularan COVID-19.

“Selain itu, kebajikan rakyat dikurangkan termasuk bantuan tunai dengan pelbagai alasan antaranya, ‘Barisan Nasional (BN) memanjakan rakyat. Rakyat tidak patut rasa berhak mendapat wang tanpa melakukan sebarang kerja.” katanya.

Beliau berkata, PH juga tidak menghantar wakil membela Malaysia dalam isu tuntutan waris kumpulan Sulu, malah menulis surat ‘mengaku salah’.



“Malaysia juga terlepas kedaulatan Batu Puteh apabila PH menarik balik semakan penghakiman,” katanya.

Beliau berkata PH juga menjual aset negara dengan alasan pembaziran, tetapi hutang negara terus meningkat selain projek infrastruktur untuk rakyat diganggu dan diagihkan antara kroni.

“Kesimpulannya mudah sahaja iaitu pasti semua masih ingat petikan sebuah ceramah sebelum PRU14 iaitu dalam lima jam macam-macam orang boleh buat apatah lagi lima tahun. Jangan main-main tuan-tuan dengan lima tahun.

“Benda lain kita boleh cuba lima kali setahun. Bab kuasa (pentadbiran negara) kita tidak boleh main-main.



“Yakini BN demi Malaysia bangkit untuk masa depan negara kembali cemerlang dan gemilang,” katanya. BH

Hati-hati ‘bisikan’ benarkan PH mentadbir lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker