Pilih kerajaan ada kredibiliti – Shahril

#PRU15

Pilih kerajaan ada kredibiliti – Shahril

Rakyat diingatkan supaya memilih kerajaan yang mempunyai kredibiliti dan kompetensi, bukan sekadar pandai bercakap namun tidak menawarkan sebarang penyelesaian masalah.

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata, perkara paling penting dan perlu menjadi keutamaan rakyat adalah memilih barisan kepimpinan yang mempunyai perancangan untuk membawa masa depan negara.

“Sebab itu bila orang tanya apa salahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, jawapan saya pilih Anwar itu yang salah.

“Punyalah banyak masalah yang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) kata ada dalam negara kita ini.. masalah perumahan, gaji, tapi penyelesaiannya potong gaji menteri?

“Bukan saya kata potong gaji menteri ini tidak bagus, mungkin memang patut dibuat, malah kita pun sudah minta menteri tidak ambil gaji ketika Covid-19 dan sebagainya, namun tidak selesai masalah asas.

“Isunya macam mana hendak meningkatkan pendapatan rakyat, menarik pelaburan asing, ini yang saya tidak dengar PH atau PN cakap langsung,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno berkata, memilih Perdana Menteri dan kerajaan adalah penting bagi membawa masa depan negara.

“Ada orang kata apa salahnya bagi Anwar jadi Perdana Menteri, dia sudah lama mengidamkan, kita dah cuba macam-macam Perdana Menteri, jadi kita bagi dia. Soalnya untuk tukar bukan macam tukar baju.

“Ada kata 60 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, jadi sekarang ini kita kena ubah, dia tak ingat pula dalam 60 tahun itu banyak individu-individu hendak bergaduh dengan BN…22 tahun daripada 60 tahun itu siapa jadi Perdana Menteri, sebahagian 22 tahun itu siapa jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan? orang yang sama juga.

“Jadi yang penting adalah barisan kepimpinan mana yang ada perancangan untuk membawa masa depan negara,” katanya. HM

Pilih kerajaan ada kredibiliti – Shahril


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker