Calon muda muka baharu BN menjadi faktor ‘wow’ tarik sokongan

#PRU15

Calon muda muka baharu BN menjadi faktor ‘wow’ tarik sokongan

JITRA: Langkah Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 70 peratus muka baharu bagi calon pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) mampu menarik sokongan pengundi muda.

Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan, berkata berdasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini, formula berkenaan berjaya memberi keputusan yang baik kepada BN yang pada waktu itu menawarkan 84 dan 79 peratus calon muka baharu.

Malah katanya, pengalaman pada PRU14 menjadi sandaran kepada semua rakyat termasuk pengundi muda untuk memberikan mandat kepada parti yang mampu membela nasib rakyat selepas PRU15.

“Di seluruh negara kita ada 5.5 juta pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah dan di Kedah pula, lebih 800,000 daripada keseluruhan 1.5 juta pengundi termasuk dalam golongan berkenaan.

“Jadi kehadiran muka baharu dalam kalangan orang muda dalam senarai calon dilihat sebagai tawaran baharu BN kepada golongan ini. Langkah itu mampu menjadi faktor ‘wow’ kepada pengundi muda ketika parti berusaha menggunakan pelbagai medium baharu untuk memenangi hati mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama pengamal media di Darulaman Golf & Country Club (DGCC)di sini, malam tadi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk minggu lalu berkata, BN akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu sebagai calon untuk bertanding dalam PRU15.

Hasmuni berkata pihaknya akan berusaha untuk meyakinkan anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun untuk keluar mengundi dalam PRU akan datang.

“Kita perlu yakinkan mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi memilih kerajaan terbaik mentadbir negara. Kalau kita lihat peratusan keluar mengundi di Melaka dan Johor, jumlahnya hanyalah kira-kira 64 peratus dan itu sememangnya menjadi kerisauan buat kami.

“Jadi kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pengundi muda berusia antara 18 ke 21 tahun yang kebanyakannya masih berada di bawah tanggungan ibu bapa ini keluar mengundi pada 19 November nanti,” katanya. BH

Calon muda muka baharu BN menjadi faktor ‘wow’ tarik sokongan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker