“Saya Bertuah Berjiran Dengan Pelawak Veteran Mat Sentul, Ditawar Muncul Iklan TV”-Imran Ajmain

“Saya Bertuah Berjiran Dengan Pelawak Veteran Mat Sentul, Ditawar Muncul Iklan TV”-Imran Ajmain

Penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain, 41, mendedahkan dirinya berasa bertuah kerana pernah hidup berjiran dengan Mat Sentul yang merupakan pelakon legenda seiring dengan zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsuddin.

Menurut Imran, antara kenangan menarik ketika zaman kanak-kanaknya membesar sebagai jiran Mat Sentul ialah sering ditawarkan untuk membintangi iklan-iklan makanan ringan yang diusahakan oleh pelawak dan pelakon tersebut.

“Pada dekad 80-an, Mat Sentul rancak dengan produksi iklan makanan ringan yang dinikmati kanak-kanak. Lalu saya ditawarkan peluang untuk muncul dalam beberapa buah iklan di kaca televisyen.

“Antara produk Mat Sentul ialah makanan ringan Ding Dang, Tora, JoJo dan banyak lagi,”katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan dalam Instagram semalam.

Selain itu, menurut Imran, hidup berjiran dengan Mat Sentul juga mencipta kenangan manis buatnya sekeluarga memandangkan rumahnya tidak pernah kekurangan dengan makanan ringan buat kudapan.

“Sentiasa ada bekalan makanan baru, perisa baru, mainan baru untuk dikumpul. ‘Tora datang lagi!’ adalah cogan kata khusus buat kami dan jajanan ini diberi nama kolektif ‘apa-apa’.

“Dan kerana itu, kami di rumah tidak pernah kekurangan makanan ringan. Sentiasa ada bekalan baru, perisa baharu, mainan baharu untuk dikumpul. “Tora datang lagi dengan…” — cogankata ini khusus buat kami sahaja dan jajanan ini diberi nama kolektif “apa apa”. Nak beli “apa apa” di kedai runcit. Hari hari nak beli “apa apa”.

“Sempena Hari Coklat Sedunia, saya bukan sahaja meraikan coklat tetapi kenangan makanan ringan dan iklan-iklan yang mengiringi zaman kanak-kanak kami untuk semua generasi 70-80an. Here’s to us! We made it to 2021. Siapa masih ingat lagi?

VIDEO IKLAN TORA

“Saya Bertuah Berjiran Dengan Pelawak Veteran Mat Sentul, Ditawar Muncul Iklan TV”-Imran Ajmain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 


 

[VIDEO] “Confident Mamat Ni Leh G Jauh”..Lagu Iklan Beras Cap Rambutan….Terus Dapat Beras Percuma.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker