Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Oleh: Zakaria Mohd
Difahamkan UMNO terlebih dahulu merancang untuk mengadakan Perhimpunan Aman solidariti buat Najib sebelum PAS mengeluarkan surat meminta ahli-ahlinya supaya menghadiri perhimpunan tersebut pada 6 Januari 2025.
Persoalannya, apa sebab Guan Eng tidak puas hati?
“Oleh itu Lim Guan Eng perlu duduk diam dan jangan “sebok sebok,” kata Puad.
“Kamu selesaikan masalah rasuah kamu. Kamu kata perhimpunan itu boleh mengancam perpaduan Kerajaan Madani, tetapi menyembunyikan Titah Adendum itu lagi kuat mengancam masa depan Kerajaan Perpaduan,” kata Puad dan kenyataan itu dirujuk pada catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Guan Eng ada hak untuk mengkritik dan bebas bersuara selaras dengan sebuah negara demokrasi.
Namun kita khuatir dengan motif sebenarnya Guan Eng, dan adakah dia ingin membuat sabotaj supaya Najib tidak memperolehi tahanan di rumah?
Sebelum ini, kita mengetahui bahawa DAP dan AMANAH tidak bersetuju Najib memperolehi pengumuman daripada baginda Agong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
Oleh sebab itu, kita mempercayai Lim Guan Eng membidas UMNO kerana berganding bahu dengan PAS mengadakan perhimpunan solidariti untuk Najib pada minggu depan kerana bermotif politik.
Zahid sebelum ini telah mengakui bahawa UMNO tetap akan berkerjasama dengan PH untuk menghadapi PRU ke-16.
Guan Eng perlu memahami tentang motif UMNO untuk membela Najib sebagai mengenang budi, tetapi bukan berhasrat untuk menjauhi diri dari PH.
Sekarang, kita dapat memahami bahawa PAS mempunyai krisis dengan Mahiaddin dan parti itu lebih mempercayai UMNO untuk berkerjasama bagi menghadapi PRU yang akan datang.
Melalui PRU lepas, UMNO dan BN sekadar memperolehi 30 kerusi Parlimen, tetapi parti itu menjadi faktor penentu ke arah pembetukan sebuah Kerajaan Persekutuan di Malaysia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Gara-gara Zahid memilih Anwar dan PH, maka terbentuklah sebuah Kerajaan Perpaduan, menyebabkan situasi politik di Malaysia menjadi lebih stabil.
Langkah ini memberi peluang kepada Anwar untuk melaksanakan reformasi terutamanya untuk mencegah aktiviti rasuah.
Implikasi daripada itu, maka Mahiaddin, Daim dan Wan Saiful telah dicekup dan didakwa di mahkamah, sementara Mahathir sedang disiasat, mungkin bakal didakwa selepas ini kerana beliau dituduh melakukan penyelewengan dengan menyerah Batu Puteh kepada Singapura.
Berbalik kepada isu Najib menyebabkan PAS dan UMNO berhimpun dan turun ke lapangan, perkara ini tidak relevan dengan Guan Eng dan DAP.
Malah Anwar sebelum ini pernah bercakap tentang pendakwaan terpilih dan Najib diheret ke mahkamah kerana bermotif politik dan faktor membalas dendam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Jadi, Guan Eng tidak wajar mengeruhkan suasana apabila PAS dan UMNO berhimpun untuk menentang kezaliman Mahathir terhadap Najib.
Tidak perlu bagi DAP untuk menimbulkan keraguan tentang keikhlasan UMNO menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, tular di media sosial sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengarahkan ahlinya berhimpun bagi ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari depan, bermula pukul 9 pagi di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.
Surat itu dikeluarkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti tersebut.
Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh Najib untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan titah itu yang dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu berhubung tahanan di rumah.
Sejauh mana usaha Najib untuk memperolehi tahanan di rumah berjaya?
Setakat ini, kita yakin permohonan Najib itu dijangka berjaya, tetapi tidak mustahil boleh gagal jika Anwar terpengaruh dengan DAP untuk menghalang Najib dari ditahan di rumah.
Jika gagal, kita tidak ada pilihan lain, melainkan membuat laporan polis di samping menggesa Zahid dan MKT menarik diri daripada menyertai pembentukan Kerajaan Perpaduan – Zakaria Mohd.
Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0
- Isu terkini tentang Titah Adendum, wujud atau tidak?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.