Kamu siapa nak arahkan UMNO?
Kamu siapa nak arahkan UMNO?
Oleh: Zakariya Mohamad
Jangan sibuk dan biadab kerana usaha membela Najib adalah urusan UMNO.
Kenapa Guan Eng tidak puas hati dan masih mencampuri urusan tentang mantan Perdana Menteri itu, sedangkan beliau masih menghadapi kes di mahkamah?
Kita serius menyokong usaha UMNO, dan kita tidak memandang sinis kepada DAP, apatah lagi mempunyai sikap perkauman dan ingin mencetuskan konflik politik di negara ini kerana faktor Najib.
Sebaliknya kita menggesa Guan Eng supaya lebih bersikap toleransi dan memahami situasi para pemimpin UMNO yang sedang berusaha untuk membela nasib Najib yang pernah dizalimi oleh Mahathir dan DAP selepas PRU14.
DAP bukan sebuah parti yang mempunyai integriti dan lebih sempurna jika berbanding dengan parti-parti lain di negara ini.
Jika ditanya, “apa buktinya? Kita boleh menjawab bahawa Guan Eng juga sedang naik turun mahkamah dan kes beliau belum selesai hingga setakat ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
Kita cadangkan supaya Guan Eng lebih baik berdiam diri di samping menghormati Najib dan UMNO kerana parti itu dan DAP menjadi kroni dalam Kerajaan Madani.
Oleh kerana Guan Eng bersikap celupar dan tidak bijak memelihara tutur kata, maka barisan pemimpin UMNO tampil membidas Pengerusi DAP itu.
Sepatutnya jika DAP enggan menyokong, maka lebih baik berdiam diri, tetapi bukan mengecam kerjasama UMNO-PAS dalam perhimpunan solidariti untuk Najib pada 6 Januari 2025.
Syabas Dr Akmal kerana tegas menghadapi serangan DAP.
Kita membuat tafsiran bahawa serangan parti DAP lebih mirip kepada “perang psychology” dan satu “perang mulut” yang dijangka berterusan sehingga menjelang PRU-16.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Saya nak beritahu pada Lim Guan Eng. Ini himpunan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Perpaduan. Ini himpunan hanyalah untuk solidariti Najib Razak.
“Ini bukan himpunan seperti himpunan Bersih yang kamu buat sampai huru-hara terbalik kereta,” kata Akmal Saleh.
Sebelum ini, Lim Guan Eng memberi amaran bahawa kerjasama UMNO-PAS dalam perhimpunan pro-Najib boleh menimbulkan keraguan terhadap kedudukan UMNO dalam kerajaan.
Kita ingin memberi nasihat kepada DAP supaya jangan mempunyai persepsi negatif terhadap kerjasama PAS dan UMNO untuk membela nasib Najib.
Setakat ini, AMANAH juga tidak ada halangan dan tidak mencegah ahli-ahlinya dari menghadiri perhimpunan itu, tetapi kenapa Guan Eng tidak mempunyai perasaan curiga terhadap Mat Sabu?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Lim Guan Eng berkata, tindakan itu bukan sahaja memberi kesan kepada kestabilan politik, malah turut menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan UMNO dalam membentuk kerajaan pada 2022 atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
UMNO dan PAS bersetuju mengadakan perhimpunan setiakawan untuk Najib pada 6 Januari di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Perhimpunan itu berlangsung serentak dengan pendengaran mengenai Titah Adendum yang berkemungkinan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.
Perhimpunan setiakawan UMNO-PAS ini juga mencatat sejarah sebagai kerjasama pertama antara kedua-dua parti sejak Muafakat Nasional berakhir pada 2022.
Dalam kenyataan di media sosial, Dr Akmal mempersoalkan siapa Lim Guan Eng untuk membidas UMNO?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
“Kamu siapa nak arahkan UMNO?
“Lagi kuat kamu bidas UMNO, saya janji lagi ramai orang akan turun berhimpun pada 6 hari bulan ini,” katanya.
Sebagai penyokong Najib, kita mengalu-alukan sesiapa juga yang ingin hadir dalam perhimpunan pada 6 Januari depan, asalkan tidak mencetuskan suasana huru hara dan mengancam kestabilan politik di negara ini.
Semangat setia kawan PAS amat dialu alukan. Sekalipun parti itu mempunyai muslihat tertentu di sebaliknya atau bermotif “udang di sebalik batu,” bagi kita, perkara ini adalah soal lain yang perlu disisihkan buat sementara waktu kerana matlamat kita adalah supaya Najib memperolehi keadilan – Zakariya Mohamad.
“Kamu siapa nak arahkan UMNO?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Anwar Ibrahim Dedahkan Salah Guna Kuasa Kerajaan PH 1.0
- Isu terkini tentang Titah Adendum, wujud atau tidak?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.