Pelayan restoran dirompak RM76,000, 2 diberkas

Pelayan restoran dirompak RM76,000, 2 diberkas

Polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia semalam, yang disyaki terlibat kes rompakan di sebuah rumah kedai di Taman Saujana, Puchong, dua hari lepas, membabitkan kerugian wang tunai dan barang kemas berjumlah kira-kira RM76,000.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian 4 petang Khamis, tiga lelaki memecah masuk rumah berkenaan sebelum bertindak menendang penghuninya iaitu seorang pelayan restoran warga Indonesia berusia 43 tahun.



Katanya, ketiga-tiga lelaki itu kemudian melarikan wang tunai berjumlah RM65,000 serta barang kemas bernilai kira-kira RM11,000 yang disimpan di dalam almari, dan mangsa kemudian membuat laporan polis pada 7.39 malam, hari sama.

Dalam kenyataan hari ini Wan Azlan berkata, semalam polis berjaya menahan seorang wanita yang merupakan rakan mangsa serta seorang lelaki di lokasi berasingan di Subang Jaya, kedua-duanya berumur sekitar 30 hingga 40-an, dan hasil soal siasat kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM17,000 serta pelbagai jenis barang kemas disyaki hasil rompakan daripada kedua-dua suspek, dan polis sedang berusaha mengesan dua lagi lelaki yang identiti mereka belum dikenal pasti, bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan, dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta tampil menyalurkannya ke pusat kawalan daerah dengan menelefon 03 78627100 atau menghubungi pegawai penyiasat Anthony John Sandanadas di 012 5043470. FMT



Pelayan restoran dirompak RM76,000, 2 diberkas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker