2 beradik maut kena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen

2 beradik maut kena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen

Putrajaya: Sepasang adik beradik maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika ketika sedang mandi dalam sebuah besen di perkarangan kediamannya di Kampung Teras Jenang, Dengkil, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pasangan adik beradik yang maut itu dikenali sebagai Adam Haziq Zamri, 10 dan adiknya Adam Harish, 9 tahun.

Menurutnya, pada 6.30 petang semalam polis menerima panggilan daripada kakitangan Hospital An Nur, Bandar Baru Bangi memaklumkan menerima dua orang kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik.

“Selepas bantuan pernafasan diberikan pihak hospital kedua-dua kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia.

“Ketika kejadian bapa mangsa memaklumkan kedua anaknya sedang mandi di dalam besen sebelum dia keluar ke kedai untuk membeli barangan keperluan.

“Ibu mangsa berada di rumah dan ketika pulang, bapa mangsa mendapati kedua-dua anaknya sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Wan Kamarul berkata, bapa dan ibu mangsa adalah peniaga kedai makan dan mempunyai empat anak manakala mangsa ialah anak kedua dan ketiga.

“Bapa mangsa memaklumkan kedua-dua anaknya meninggal dunia berpunca dari renjatan elektrik yang mengalir daripada besi penyidai baju.

“Kakitangan syarikat Tenaga Nasional (TNB) yang membuat pemeriksaan mengesahkan kejadian berpunca daripada geseran wayar elektrik di bahagian tepi rumah yang ‘luka’ dan terus mengalir ke zink bumbung rumah sehingga terus ke bahagian besi penyidai baju.

“Kedua-dua mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada berhampiran tempat mereka mandi.”

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat selepas ujian saringan Covid- 19 dijalankan,” katanya. HM

2 beradik maut kena renjatan elektrik ketika mandi dalam besen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker