Mahkamah tempat terbaik cari kebenaran – Ebit Lew
Mahkamah tempat terbaik cari kebenaran – Ebit Lew
TENOM: Pendakwah Ebit Lew yang sedang melalui perbicaraan kerana pertuduhan melakukan gangguan seksual, bersyukur kerana baginya prosiding mahkamah adalah tempat terbaik mencari kebenaran.
“Alhamdulillah, …syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari mahkamah ini. Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari.
“Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran. Mahkamah adalah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti apa sahaja perkara pasti akan ditolak,” kata Ebit, 37, atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew ketika ditemui selepas selesai hari terakhir sesi perbicaraan, hari ini.
Ditanya mengenai perasaannya sepanjang perbicaraan selama empat hari di Mahkamah Majistret Tenom, Ebit memaklumkan beliau tetap berasa sedih kerana perlu melalui perkara seumpama itu.
“Sedih juga sebab kena menanti lagi. Kalau boleh saya nak teruskan Sabtu esok sahaja sampai habis tetapi bukan saya yang tentukan.
“Peguam saya turut cuba meminta tarikh lebih awal seperti tarikh paling awal November tetapi pendakwa raya tidak dapat tarikh itu kerana tarikh mereka penuh disebabkan pendakwa raya dari Putrajaya.
“Oleh itu, kami bersetuju meneruskan perbicaraan ini pada Disember,” katanya.
Terdahulu, Majistret Nur Asyraf Zolhani memberitahu prosiding hari keempat ditangguhkan dan akan disambung semula pada 20 hingga 22 Disember depan.
Ebit Lew pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.
Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021. BH
Mahkamah tempat terbaik cari kebenaran – Ebit Lew
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu menang saman kes jalan berlubang seru pengguna pertahan hak
- Penampilan seksi Dolla, tunggu penjelasan pihak Universal
- Pas ramai jurucakap tanpa tauliah – Nasrudin
- PH malam jadi manusia, siang jadi ular
- PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu – Sumber
- Elok bubar MPN, ditubuhkan pun sebab jaga air muka Muhyiddin saja
- Mahathir tak pernah insaf – Anwar
- Pensyarah lucah tawar RM20,000 tutup kes
- Saya mangsa keadaan – Noraniza Idris
- Pelajar cemerlang PNGK 3.95 musykil gagal UPU
- MB Kedah perangai jangan macam budak- budak
- Mahkamah dimaklumkan Kerabat Arab Saudi beri Najib AS$100 juta
- Rafizi ancam penjarakan pihak laksana PRU masa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]
Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta
You must be logged in to post a comment.