Ekonomi Malaysia dijangka berkembang baik 5.1 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang baik 5.1 peratus

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.1 peratus tahun ke tahun pada 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia yang terkini, ia berkata Indeks Pelopor (IP) pada Julai 2022 menunjukkan prestasi ekonomi yang optimis pada bulan-bulan akan datang.

“IP mengekalkan pertumbuhan tahunan positifnya pada 4.1 peratus pada Julai 2022, walaupun lebih rendah daripada 5.3 peratus yang dicatatkan pada Jun 2022,” katanya.



Bagi sektor luaran, katanya eksport Malaysia pada Ogos 2022 melonjak 48.2 peratus kepada RM141.3 bilion manakala import meningkat 67.6 peratus kepada RM124.4 bilion.

Dari segi prestasi pasaran buruh, bilangan penduduk bekerja meningkat 4.5 peratus kepada 15.98 juta pada Julai 2022, manakala kadar pengangguran dicatatkan pada 3.7 peratus.

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada Julai 2022 meningkat sebanyak 12.5 peratus tahun ke tahun, dengan sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM148.4 bilion, naik 23.8 peratus berbanding tahun lalu.

Nilai jualan sektor perdagangan borong dan runcit juga meningkat 41 peratus tahun ke tahun kepada RM130.7 bilion pada Julai 2022.



Mengenai komoditi, pengeluaran buah tandan segar meningkat 3.8 peratus kepada 8.87 juta tan pada Ogos 2022 manakala pengeluaran getah asli merosot sebanyak 21.8 peratus kepada 38,006 tan pada Julai 2022.

Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pada Ogos 2022, masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 4.7 peratus dan 6.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. BH

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang baik 5.1 peratus


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker