Lelaki tempatan dan Thai ditahan miliki senjata api, kijang

Lelaki tempatan dan Thai ditahan miliki senjata api, kijang

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan lima lelaki termasuk seorang warga Thailand kerana memiliki selaras senapang patah menerusi serbuan Ops Tapis di sebuah bangsal di ladang sawit Felda Chiku 2, Gua Musang, kelmarin.

Menerusi serbuan jam 1.30 pagi, polis turut merampas satu plastik beg hitam yang mengandungi bahagian kepala dan daging dipercayai kijang, tanpa lesen.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata senapang patah itu ditemui di tepi bangsal di bawah pokok kelapa sawit dan turut ditemui 14 butir peluru hidup jenis bore 12.



“Semua mereka yang ditahan berusia 22 hingga 39 tahun, positif methamphetamine. Tiga daripada mereka juga mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah. Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung tujuan pemilikan senjata api itu.

“Kita juga akan siasat sama ada mereka terbabit dengan aktiviti pemburuan haram dan semua mereka ditahan reman enam hari hingga 3 Oktober,” katanya pada sidang media, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigeresen 1959 dan Seksyen 60(1)(b) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010.

“Orang awam dinasihatkan supaya jangan memiliki atau menyimpan senjata api tanpa kebenaran yang sah,” katanya. BH



Lelaki tempatan dan Thai ditahan miliki senjata api, kijang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker