Arab Saudi bersama India pinggirkan dolar AS

PADA Mac lalu, Rusia dilaporkan akan meminta sejumlah negara yang tidak mesra dengan Moscow supaya menggunakan mata wangnya iaitu rouble dan bukannya dolar Amerika Syarikat (AS) untuk membeli gas yang dikeluarkan olehnya.

Permintaan itu dibuat selepas tentera Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu sekali gus menyebabkan negara-negara Barat termasuk AS melaksanakan sekatan dan cuba meminggirkan Moscow di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menandatangani dekri yang meminta para pembeli asing supaya menggunakan mata wang rouble untuk membeli gas mulai 1 April lalu.

Kontrak penjualan tersebut akan dihentikan jika pembayaran tidak dibuat dalam mata wang berkenaan.

Rusia membekalkan kira-kira satu pertiga daripada pasaran gas di Eropah menyebabkan tindakan menggunakan mata wang rouble sebagai percubaan untuk membalas dendam sekatan Barat terhadap pencerobohan negera itu ke atas Ukraine.

Sekatan ekonomi itu pada mulanya telah menjejaskan Rusia ekoran tindakan yang dilakukan oleh AS, sekutu-sekutunya dan syarikat-syarikat gergasi sehingga menyebabkan Perancis serta Jerman menyatakan bahawa ia sedang melakukan persediaan bagi menghadapi kemungkinan penyaluran gas dari Rusia diberhentikan.

Berikutan syarat baharu Rusia itu, pada bulan Mei lalu, Poland bertindak menghentikan perjanjian untuk menerima bekalan gas dari Rusia selepas Warsaw menolak permintaan Moscow untuk membayar dalam mata wang rouble.

Sebelum ini, Rusia menerima bayaran dalam bentuk mata wang AS dan euro bagi pembelian gas daripada negaranya tetapi situasi tersebut berubah selepas ia menyerang Ukraine pada Februari lalu.

Pada September lalu, Putin mencadangkan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semasa pertemuan mereka di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Uzbekistan tentang skim penggunaan mata wang rouble sebanyak 25 peratus dalam pembelian gas asli dari negara tersebut.

Sehubungan itu, Menteri Tenaga Turki, Fatih Donmez memberitahu baru-baru ini bahawa Bank Pusat Turkiye dan Rusia sedang bersedia untuk mengatur pelaksanaan penggunaan mata wang rouble itu seperti yang dipersetujui oleh Presiden daripada kedua-dua negara.

TUKAR KAEDAH PEMBAYARAN

Pada September juga, syarikat pengeluar minyak dan gas terbesar di Rusia iaitu Gazprom telah menandatangani perjanjian untuk menukar kaedah pembayaran bagi bekalan gas ke China kepada yuan dan rouble dan bukannya dolar AS.

Peralihan itu adalah sebahagian daripada desakan kerajaan Rusia untuk mengurangkan pengantungannya kepada dolar AS, euro dan mata wang lain dalam sistem perbankannya dan untuk tujuan perdagangan.

Deklarasi Samarkand yang dikeluarkan selepas mesyuarat Ketua-Ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Samarkand, Uzbekistan pada September lalu juga menggesa untuk membangunkan ‘peta jalan’ yang bertujuan meningkatkan penggunaan mata wang negara masing-masing dan bukannya dolar AS.

Menurut akhbar Vedomosti, syarikat Gazprom menghantar 10.4 bilion meter padu gas ke China dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Berikutan, semakin banyak negara yang meminggirkan penggunaan mata wang dolar AS dalam perdagangan dengan Rusia, Arab Saudi dan India juga sedang berunding bagi menjalankan perniagaan dalam mata wang masing-masing dan bukannya menggunakan dolar AS.

Baru-baru ini, kedua-dua negara telah membincangkan kemungkinan memulakan perdagangan dengan menggunakan mata wang rupee India dan riyal Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua pihak.

Rundingan itu dilakukan antara Menteri Perdagangan dan Industri India, Piyush Goyal yang melakukan lawatan selama dua harinya ke Riyadh, bermula pada 18 September lalu yang mana beliau mempengerusikan bersama mesyuarat peringkat menteri Majlis Perkongsian Strategik India-Arab Saudi.

Mesyuarat itu itu turut dipengerusikan Menteri Tenaga Arab Saudi, Abdulaziz bin Salman Al-Saud.

India yang merupakan ekonomi ketiga terbesar di Asia telah menyediakan mekanisme untuk menyelesaikan urus niaga perdagangan antarabangsa dalam rupee dengan penekanan kepada eksport untuk meningkatkan perdagangan global selain bertindak balas terhadap minat yang semakin meningkat dalam penggunaan rupee untuk tujuan perdagangan.

Sebelum ini, Arab Saudi menduduki tempat sebagai rakan dagang keempat terbesar India kerana nilai perdagangan dua hala melebihi AS$42 bilion (RM192.30 bilion) manakala Riyadh juga muncul semula sebagai pembekal minyak kedua terbesar New Delhi pada bulan lepas.

Ia juga berlaku selepas Bank Rizab India pada Julai lalu membenarkan penyelesaian perdagangan antarabangsa dalam mata wang rupee manakala beberapa buah banyak negara termasuk Rusia dan Iran sedang meneroka pilihan untuk berdagang dalam mata wang tempatan dengan New Delhi. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker