Hakikat penceraian, adakah PAS dan UMNO akan rujuk kembali?

PAS dan UMNO ketika bersama dalam Muafakat Nasional

SEPERTI si suami yang gigih memujuk isteri pertama untuk menerima isteri kedua, begitu jugalah keadaannya dengan Pas yang hingga kini tidak pernah jemu memujuk UMNO untuk menerima Bersatu.

Namun, tindakan Pas ‘menikah’ dengan Bersatu menerusi penubuhan Perikatan Nasional (PN) pada 23 Februari 2020 telah merobek hati UMNO yang ‘dikahwini’ pada 14 September 2019 menerusi penubuhan Muafakat Nasional (MN).

Apa yang jelas, percaturan Pas untuk turut bekerjasama dengan Bersatu ketika berada di kemuncak bersama UMNO dan pada masa sama tanpa izin daripada UMNO ternyata salah.

Sudahnya, ketika semua parti politik menghitung hari bila Parlimen akan dibubarkan, Pas pula masih terus dengan episod pujuk memujuk UMNO.



Walaupun UMNO telah menyatakan bahawa parti itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun Pas seolah-olah buat tidak faham dan terus memujuk biarpun ada yang menggelarnya sebagai ‘gila talak’.

Malah, walaupun dicerca dan diperli dengan pelbagai kata-kata negatif, Pas tetap konsisten dengan keputusan memilih UMNO dan Bersatu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pintu rundingan antara kedua-dua parti itu sentiasa terbuka dan masih berjalan melibatkan pimpinan serta ahli akar umbi.

Ujarnya, kenyataan demi ke-nyataan berhubung kerjasama itu daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjadi gambaran keseluruhan pendirian sebenar parti itu.



Kenyataan Abdul Hadi seperti memberi gambaran seolah-olah Pas lebih selesa berurusan dengan pemimpin tertinggi UMNO lain, berbanding Ahmad Zahid.

Ia disahkan lagi apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula memberitahu bahawa mereka masih belum membuat perbincangan dengan Ahmad Zahid mengenai rundingan kerusi PRU15, namun mengesahkan Pas ada melakukan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kedudukan dan peringkat tertentu secara rasmi serta tidak rasmi.

“Saya boleh mengesahkan sebagaimana Tuan Guru (Abdul Hadi) beritahu kita berbincang dengan UMNO, tak semestinya dengan pemimpin tertentu (Presiden UMNO).

“Mungkin akan sampai masanya tapi biasalah kita buat rundingan ini di peringkat tertentu yang tak perlu kita dedahkan,” kata Takiyuddin.



Bukan setakat memujuk, malah Pas juga seolah-olah memberi amaran kepada UMNO apabila Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad mengingatkan parti itu bahawa nasibnya ketika PRU14 mungkin berulang jika mereka terus bertanding bersendirian.

Pas Perak pula masih percaya ada ruang untuk perbincangan antara parti di dalam kerajaan termasuk UMNO dan Pas selagi belum PRU15.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pula menjelaskan, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU15.

Secara dasarnya, pertembungan UMNO dan Pas pada pilihan raya kali ini hampir pasti. Kali pertama kedua-duanya bekerjasama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Selepas beberapa percubaan berakhir dengan kegagalan, BN menang kerusi Parlimen itu dengan memperoleh undi 54.73 peratus.

Jumlah yang hampir sama dengan kadar peratusan undi diraih Pas dan BN ketika PRU14 di kawasan berkenaan.

Kejayaan itu jelas memperlihatkan hubungan yang terjalin mendapat restu rakyat, malah ramuan MN terbukti membawa hasil memberangsangkan juga dalam beberapa siri PRK selepas PRU14, turut memperoleh kemenangan selesa.

Namun sayangnya, apabila tiba waktu acara kemuncak ‘ibu’ segala pilihan raya, ramuan cantik MN musnah dek kerana Pas yang mahu menjadi king maker pada PRU15 selepas bekerjasama pula dengan Bersatu.

Hingga kini UMNO masih belum memberi jawapan muktamad terhadap pelawaan kerjasama oleh Pas pada PRU15.

Khabarnya ia dijangka dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dijadualkan pada 30 September ini.

Untuk rekod pada PRU14, Pas bertanding bersendirian di 158 kerusi dari 222 kerusi Parlimen di seluruh negara termasuk beberapa kerusi di Sabah dan Sarawak.

Setakat ini masih belum dipastikan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi Pas pada PRU15, namun soal pembahagian kerusi antara Pas dan Bersatu telah dibuat.

Jadi, sudah tiba masanya Pas menerima hakikat hubungan yang terjalin dengan UMNO sudah berakhir.

Lagi pula, UMNO berkali-kali menyatakan syarat jika mereka mahu bersama semula, Bersatu perlu ditinggalkan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker