Muhyiddin bercanggah dengan PAS, umum BN musuh utama dalam PRU-15

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa BN adalah musuh utama mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

“Apabila tiba masa PRU15 diadakan, maka PN didukung Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP, akan gerakkan semua jentera kita.

“Saya tak nak bincang soal Pakatan Harapan (PH), itu hal dialah. Umno nak tanding semua kerusi tandinglah.

“Kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini, bahawa musuh utama kita tidak lain adalah BN,” katanya pada sambutan ulang tahun keenam Bersatu di Putrajaya hari ini.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan sorakan daripada hadirin yang terdiri daripada ahli dan pemimpin Bersatu.

Bercanggah dengan PAS

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat bercanggah dengan PAS yang meletakkan PH sebagai musuh utama, manakala BN adalah rakan taa’wun (kerjasama) mereka.

Pada 20 Sep lalu, PAS menegaskan bahawa PH merupakan musuh mereka pada PRU ke-15 dan bukan BN.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata partinya juga masih percaya bahawa hanya gabungan dengan Umno-BN atas konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional mampu menjadi formula berkesan untuk mereka menghadapi PH.

Katanya, pendekatan itu diterima majoriti pengundi ke arah mewujudkan sebuah “kerajaan prihatin rakyat” dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat di samping pada masa yang sama memberi perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang.

“PAS amat optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru dalam PRU ke-15 nanti,” katanya.

Apabila disoal oleh pemberita mengenai percanggahan itu, Muhyiddin berkata perbezaan itu “dibenarkan” sebelum PRU15.

“Itu tidak mengapa sebab PAS beri pandangan sebegitu sebelum pilihan raya.

“Sekarang ini ialah masing-masing parti ada sedikit kebebasan untuk buat apa yang dia patut buat,” katanya.

Umno tetap Umno

Sementara itu, Muhyiddin menambah, PN tidak takut untuk menentang BN pada PRU15, tetapi apa yang penting ialah PN menyelamatkan kerajaan.

Presiden Bersatu itu dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini saling membidas satu sama lain selepas Muhyiddin berkata Ismail Sabri perlu mengadakan PRU jika dia terus gagal mengurus ekonomi.

Pada Julai lalu, pemimpin PN juga membidas Ismail kerana dikatakan gagal memenuhi perjanjian dengan PN.

Perjanjian yang dilaporkan, dikatakan ditandatangani pada Ogos tahun lalu, didakwa menyatakan bahawa PN akan memberi sokongan kepada Ismail Sabri sebagai perdana menteri, dan, sebagai balasan, Bersatu akan diberi jawatan timbalan perdana menteri, dengan Muhyiddin dilantik mentor menteri.

Dalam ucapannya hari ini, Muhyiddin berkata bahawa PN menyokong Ismail sebelum ini dengan harapan kerjasama dan persefahaman.

“Peranan kita sebagai sebuah gerakan parti politik menjadi lebih mencabar. Apa yang mampu dilakukan, ktia buat walaupun kita meletakkan Ismail sebagai perdana menteri dengan mengharapkan ada bentuk kerjasama persafahaman.

“Tetapi nampaknya Umno tetap Umno. Umno masih gelojoh dengan kuasa. Sebahagian jawatan penting dipinda dan ditukar kepada orang Umno sahaja,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker