Tidak hairan dengan denda, Penyokong JDT terus bakar suar

KUALA LUMPUR: Adakah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan dikenakan hukuman angkara tindakan penyokong?

Ia susulan penyokong Harimau Selatan dilaporkan sekali lagi membakar suar di dalam Stadium Sultan Ibrahim dipercayai selepas aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan, malam tadi.

Kelab berkenaan baru sahaja dikenakan denda RM120,000 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga kerana tindakan penyokong mereka membakar suar.



Justeru, tindakan sama yang dilakukan malam tadi seakan penyokong Harimau Selatan tidak serik dengan hukuman yang dikenakan badan induk itu.

Selasa lalu, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam kenyataan menjelaskan JDT didenda RM120,000 membabitkan tindakan penyokong Harimau Selatan menyalakan suar dalam tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, biarpun tidak diberitahu secara umum sebelum ini, surat hukuman denda bagi kesalahan itu sebenarnya sudah dihantar ke JDT pada 31 Mei lalu.

Bagi perlawanan Liga Super, JDT menentang Sabah pada 31 Mac lalu, JDT didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya membakar suar dalam anggaran sebanyak 10 unit dan didenda RM10,000 kerana kelab itu didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.



Jumlah denda sama dikenakan ke atas JDT juga membabitkan tindakan penyokong membakar suar ketika perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman pada 9 April lalu dan aksi Piala FA menentang PDRM, 14 April lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin



Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker