Mat Kilau: ‘Saya Pengarah Paling Gembira Di Dunia’ – Syamsul

Pelbagai Reaksi Positif Dan Negatif Terhadap Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Mat Kilau: ‘Saya Pengarah Paling Gembira Di Dunia’ – Syamsul

“Saya pengarah paling gembira di dunia,” luahan pengarah tersohor, Syamsul Yusof, 38, mengulas pelbagai reaksi positif dan negatif terhadap filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan di platform Netflix, sejak kelmarin.

Meskipun banyak komen negatif, Syamsul berkata, dia tetap gembira apabila filem sentuhannya menjadi topik bualan ramai sehingga tular dalam laman sosial, Twitter.

“Saya terima setiap komen baik atau buruk, itu perkara biasa. Apa yang lebih penting, karya saya dibicarakan dan terus ditonton sehingga tular,” katanya kepada BH Online.

Bagi Syamsul, dia tetap berterima kasih kepada penyokong yang menonton filem Mat Kilau, biarpun apa sahaja reaksi yang dilontarkan.

“Kali ini, masih jadi bualan apabila ditayangkan di Netflix.

“Bagi saya, ini adalah pencapaian luar biasa. Saya gembira penonton berbicara mengenai filem saya. Memang ramai minta komen mengenai reaksi negatif diterima.

“Ia adalah lumrah untuk pembikin filem. Menerusi filem-filem saya yang mendapat kutipan baik sebelum ini pun akan ada komen positif dan negatif.

“Apapun, terima kasih berbicara mengenai filem saya sampai trending. Saya gembira dan bersyukur. Teruslah berbicara mengenai filem ini sama ada negatif atau positif, kita tetap raikan,” katanya.

Syamsul bersama pemain watak Mat Kilau, Adi Putra. – Foto IG Syamsul Yusof

Kata Syamsul, dia menerima maklum balas positif penonton di luar Malaysia dan itu jauh lebih penting daripada memikirkan komen negatif diterima.

“Saya mendapat ribuan mesej langsung dalam Instagram dari seluruh dunia. Ada orang Melayu kita berada di Madinah, Australia dan United Kingdom. Saya tak sempat nak balas semuanya, saya berterima kasih kerana memberi maklum balas yang amat positif.

“Saya percaya barisan pelakon juga menerima maklum balas sama dari peminat filem Mat Kilau,” katanya.

Sejak ditayangkan di Netflix, filem Mat Kilau menerima banyak maklum balas negatif daripada penonton sejak kelmarin. Rata-rata penonton tidak berpuas hati dengan kualiti filem dan berbicara mengenai skrip, sinematografi dan plot cerita.

Kata Syamsul, filem terbitan Studio Kembara itu ditayangkan di Netflix lebih awal dari perancangannya berikutan permintaan tinggi.

“Filem Mat Kilau memang awal masuk Netflix disebabkan permintaan sangat tinggi. Jadi, saya dan penerbit bersetuju untuk mengeluarkannya di Netflix.

“Sayangnya, peminat filem di Indonesia tak dapat menonton filem ini lama di pawagam. Tetapi, tidak mengapa, saya pun merasakan lebih baik ditayangkan di Netflix.

“Ini kerana permintaannya sangat tinggi kerana satu dunia boleh tengok, termasuk peminat di Indonesia.

“Kemungkinan filem akan datang ditayangkan serentak di Malaysia dan Indonesia. Kami juga merancang tayangan di luar negara, selain Indonesia, insya-Allah,” katanya.

Tayangan Mat Kilau di tiga negara, Malaysia, Brunei dan Singapura berjaya mencatat kutipan sebanyak RM97 juta.

Filem yang mengetengahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau itu membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asari dan Datuk Rahim Razali.BH

Mat Kilau: ‘Saya Pengarah Paling Gembira Di Dunia’ – Syamsul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker