MUDA lukakan hati akar umbi PKR

 

SHAH ALAM – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak cuba untuk menggores hati dan perasan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut ahli PKR yang juga aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim berkata, Muda perlu ‘berehat’ seketika daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau kempen di media sosial supaya tidak menimbulkan kontroversi lagi.

Jelas beliau, parti itu telah juga tidak sepatutnya terus melakukan perkara itu selepas PKR dengan rela hati memberikan beberapa kerusi yang berpotensi untuk ditandingi oleh Muda.

“Mana-mana pihak yang mahu bekerjasama harus faham dinamik politik masing-masing dalam gabungan mahupun dalam sebuah susunan strategik seperti yang dilakukan oleh PKR dan Muda.



“Bukan sahaja kita minta hormat kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP), tetapi hormat juga kepada akar umbi yang buat kerja kerana mereka yang akan akan bertungkus lumus untuk memenangkan seseorang calon di kawasan yang ditandingi nanti,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Penerangan Muda Kedah yang menyiarkan sebuah poster kontroversi yang mendakwa parti itu tidak berintegriti sama seperti parti-parti lain.

Ekoran daripada itu parti tersebut sudah mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung perkara tersebut dan menggantung Penerangan Muda Kedah daripada sebarang aktiviti berkaitan parti.

Sebelum itu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga memohon maaf atas kekhilafan beliau merendahkan tugas dan tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di laman sosialnya.



Turut menambah rasa luka dalam kalangan ahli PKR apabila Pakatan Harapan (PH) melepaskan kerusi Puteri Wangsa kepada Muda.

Ini kerana Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis mendakwa beliau sudah menyediakan jentera untuk membantu Parti Amanah Negara bagi menawan semula kerusi yang berpotensi untuk di menangi itu.

Mengulas mengenai kontroversi kerusi tersebut, Adam menjelaskan PKR bukan seperti UMNO yang sudah mempunyai orang di kawasan tertentu.

“PKR sangat demokratik dan kita sangat terbuka untuk bekerjasama. Tetapi, biasalah dalam politik pilihan raya ini, pembahagian kerusi memang runcing.



“Jadi, tak bolehlah PKR nak bolot semua kerusi yang baik-baik dan kerusi yang ada peluang cerah untuk menang. Kita faham ini adalah harapan untuk memastikan gabungan sama-sama naik dan kita mahu menang,” katanya.

Dalam pada itu, Adam juga menolak kemungkinan akan berlakunya boikot oleh ahli akar umbi PKR ekoran kontroversi kerusi yang berlaku itu.

“Pimpinan daripada negeri sehingga Pusat sangat jelas bahawa kita akan pastikan pilihan raya ini kita hadir dengan sikap untuk menang. Mungkin orang lain boleh timbulkan masalah, tetapi bukan daripada kita,” katanya.

MUDA lukakan hati akar umbi PKR

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker