Dua Pelancong, Pemandu Maut Kereta Jatuh Gaung

Dua Pelancong, Pemandu Maut Kereta Jatuh Gaung

COLORADO: Tiga penumpang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda maut apabila kenderaan terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan San Juan, Colorado.

Dua pelancong yang dikenali sebagai Diana Robles, 28, Ofelia Figueroa-Perez, 60 dan pemandu pelancong dikenali sebagai Don Fehd, 72, maut selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam gaung dalam.

Memetik laporan news.com.au, kejadian tragis yang berlaku di Ouray County Road 361 itu pada awalnya jatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter kemudian terjunam lagi sedalam 42 meter di kawasan berbatu.

Menurut pihak berkuasa Colorado, mayat dua mangsa ditemui di dalam kenderaan manakala mayat pemandu tercampak keluar.

Sementara itu, pemandu pelancong, Fedh yang bekerja di Syarikat Pelancongan dan Sewa Jeep Colorado Barat disifatkan sebagai seorang yang ‘pelik’ dengan gaya tersendiri.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu ini merupakan insiden maut kedua dalam minggu yang sama.

Insiden yang sama berlaku pada 5 September apabila pasangan dari Arizon selepas ATV dinaiki mereka terjunam di ke dalam gaung berhampiran Imogene Pass namun dilaporkan selamat. Mail Online

Dua Pelancong, Pemandu Maut Kereta Jatuh Gaung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker