Lelaki pandu kereta bawa dadah, senjata merbahaya terbabas masuk gaung

Lelaki pandu kereta bawa dadah, senjata merbahaya terbabas masuk gaung

TANAH MERAH – Cubaan seorang lelaki yang membawa dadah jenis pil epam dan tiga jenis senjata merbahaya untuk melarikan diri selepas diekori polis gagal apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kampung Air Asahan Hulu di sini semalam.

Lelaki yang berusia 31 tahun dicekup kira-kira pukul 9 malam selepas anggota unit kereta peronda polis (MPV) mengejar kereta jenis Proton Iswara dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.



Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, menyedari keretanya diekori MPV, suspek bertindak memecut laju sehingga terbabas ke dalam gaung berhampiran anak sungai.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu telah menjumpai sebanyak 20 biji pil dipercayai dadah jenis epam di dalam sebuah beg silang.

“Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan sebilah parang, sebilah pisau dan sebilah lawi ayam berhulu kayu yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu kereta.

“Suspek mengaku senjata tajam itu miliknya dan ia dibawa di dalam kereta dengan tujuan untuk menjaga keselamatan dirinya. Lelaki itu juga mengaku melarikan diri kerana takut ditahan oleh pihak polis kerana memiliki senjata merbahaya dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Mengulas lanjut, menurut Mohd. Razi, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai 10 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah.

Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Barang Kakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan. K Online

Lelaki pandu kereta bawa dadah, senjata merbahaya terbabas masuk gaung


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka



Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker