Lelaki terkaya Taiwan tubuhkan pasukan ‘pahlawan awam’

Lelaki terkaya Taiwan tubuhkan pasukan ‘pahlawan awam’

Taipei: Seorang lelaki terkaya Taiwan, Robert Tsao berkata pada Khamis dia akan menyediakan T$1 bilion (RM147 juta) kepada dua program latihan pertahanan awam, dalam usaha persendirian untuk mengukuhkan pertahanan pulau itu di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan China.

Pengasas dan bekas pengerusi pembuat cip United Microelectronics Corp (UMC) berkata beliau akan menderma T$600 juta (RM88.09 juta) untuk “memulakan” program melatih tiga juta “pahlawan awam” dalam tempoh tiga tahun.



Dia akan memberikan T$400 juta (RM58.7 juta) lagi untuk melatih 300,000 penembak dari kalangan “orang biasa” di seluruh Taiwan.

“Saya 100 peratus warga Taiwan,” katanya yang memakai jaket kalis peluru, memberitahu sidang akhbar di mana dia memegang kad pengenalan Taiwan baharunya dan berkata dia telah melepaskan kerakyatan Singapura.

Bulan lalu Tsao berjanji untuk menderma T$3 bilion (RM440 juta) untuk membantu Taiwan memperkukuh pertahanannya, selepas China melancarkan latihan ketenteraan yang belum pernah berlaku sebelum ini di sekitar pulau itu sebagai tindak balas kepada lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi.

China tidak menolak menggunakan kekerasan untuk membawa pulau itu di bawah kawalannya. Taipei menolak tuntutan kedaulatan Beijing, dengan mengatakan hanya rakyat Taiwan boleh menentukan masa depan mereka.



Ditanya mengenai rancangan Tsao, jurucakap kabinet Lo Ping-cheng berterima kasih kepadanya kerana mahu melindungi Taiwan.

“Sama ada rancangan ini boleh dilaksanakan, jabatan berkaitan akan menilai,” katanya kepada pemberita.

UMC bagaimanapun enggan dikaitkan dengan pengasasnya dan berkata dalam satu kenyataan, “Encik Tsao bersara dari UMC lebih 10 tahun lalu. Dia tiada kaitan dengan UMC.” HM

Lelaki terkaya Taiwan tubuhkan pasukan ‘pahlawan awam’




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker