MP Baling Azeez Rahim turun 10 kg, ini rahsianya

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg) selepas menjalani terapi pil belon.

Perkara tersebut telah didedahkan sendiri oleh Pakar Bedah Bariatrik, Datuk Dr. Nik Ritza Kosai di laman Instgramnya hari ini.

Jelas Dr. Nik Ritza, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kg selepas enam minggu menjalani terapi tersebut.

“Tahniah Datuk Seri Azeez, hilang 10 kg dan beberapa inci dalam tempoh enam minggu sahaja. Paling penting kawalan kencing manis (diabetis) jauh lebih baik. ‘Awesome’ syabas.

“Enam minggu selepas ‘elipse balloon’ (terapi pil belon) sudah 10 kg hilang. Tahniah Datuk Seri,” tulisnya.

Terapi pil belon merupakan satu kaedah penurunan berat badan alternatif tanpa perlu pembedahan yang semakin menjadi pilihan ramai ketika ini.

Orang ramai juga turut teruja apabila melihat penampilan baharu Ahli Parlimen tersebut dan turut mengucapkan tahniah terhadap kejayaan itu.

“Patutla saya tengok Datuk Seri makin kacak sekarang, Alhamdulillah untuk kesihatan Datuk Seri juga, yang penting kawalan gula dalam darah normal,” jelas Zqura Pazura.

“Ramai yang dah memilih cara alternatif ini, bagi saya ini antara cara terbaik menurunkan berat badan.

“Mesti ramai yang akan mengidolakan Datuk Seri selepas ini, apa-apa pun selamat bertugas dalam PRN Johor nanti. Hidup BN,” jeLas Redzuan Fauzi.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker