Labu seberat lebih 1.3 tan pecah rekod dunia

Labu seberat lebih 1.3 tan pecah rekod dunia

Labu seberat lebih 1.3 tan pecah rekod dunia
PATON berjaya menanam labu gergasi dan memecahkan rekod dunia. – IAN PATON

LONDON – Seorang petani mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan rekod Guinness World Records selepas berjaya menghasilkan sebuah labu gergasi seberat 1,295.8 kilogram (kg) dalam satu pertandingan menimbang sayur-sayuran gergasi berhampiran Reading di Berkshire, Britain, lapor stesen penyiaran BBC.

Petani berkenaan, Ian Paton, 65, menamakan labu luar biasa itu sebagai Bagheera.

Selain beratnya yang mencecah 1.3 tan, labu gergasi tersebut turut mencatatkan ukur lilit melebihi enam meter.

Kejayaan itu disahkan secara rasmi oleh hakim Guinness World Records, Sebastian Suski.

Menurut Paton dari Lymington, Hampshire, usaha menanam dan menjaga labu berkenaan bukanlah satu tugas yang mudah apabila dia perlu meluangkan masa sehingga enam jam sehari dan membekalkan kira-kira 130 gelen air setiap hari.

“Ia memang satu kerja yang sangat berat,” katanya yang telah berkecimpung dalam penanaman labu gergasi bersama saudara kembarnya, Stuart, selama lebih 50 tahun.

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama beliau menyertai pertandingan berkenaan secara bersendirian.

Bagheera kini dipamerkan di ladang Sunnyfields berhampiran Southampton untuk tempoh beberapa minggu.

Jelas Paton, selepas tempoh pameran berakhir, labu gergasi tersebut tidak akan dibazirkan sebaliknya bakal dijadikan sebagai makanan ternakan lembu. – AGENSI

Labu seberat lebih 1.3 tan pecah rekod dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru: Anjakan Baharu Hadapi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker