Satu tan syabu disembunyi dalam kubis dirampas polis
Satu tan syabu disembunyi dalam kubis dirampas polis

MCALLEN, TEXAS – Polis menemukan satu tan dadah jenis methamphetamine (meth) yang disembunyikan dalam beratus-ratus kubis di sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Mexico, lapor akhbar The Sun UK.
Rakaman video dikongsi oleh Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) menunjukkan pasukan polis merampas meth yang juga dikenali sebagai syabu disembunyikan dalam penghantaran kubis.
Polis dilihat memakai sarung tangan nitril berwarna biru dan mengupas lapisan luar kubis sebelum menemukan bungkusan mengandungi meth.
DEA menyatakan bahawa pihaknya berjaya merampas dadah seberat kira-kira satu tan di dalam operasi tersebut.
Rampasan tersebut dilakukan di McAllen, sebuah bandar di negeri Texas yang bersempadan dengan Reynosa, Mexico semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siti Aminah Gesa Kerajaan Tangani Isu Pan Borneo, Banjir
- PRN Melaka: Tolak Politik Kebencian, Hasutan Dan Fitnah
- Laporan Ketua Audit Negara: Mohd Isam Bangkit Empat Isu Pengurusan Kewangan Negara
“Semalam, pejabat McAllen merampas lebih 907 kilogram methamphetamine yang disembunyikan di dalam penghantaran kubis menggunakan treler komersial.
“Tiada tangkapan dibuat setakat ini, manakala siasatan sedang dijalankan,” kata DEA.
DEA menambah, rampasan itu merupakan sebahagian daripada siasatan Homeland Security Taskforce yang dijalankan bersama agensi sempadan persekutuan dan penguatkuasa Texas. – AGENSI
Satu tan syabu disembunyi dalam kubis dirampas polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.