7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
KUALA LUMPUR – Polis memberkas tujuh individu warga asing yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat pemandu grab dengan kaki terikat dalam but kereta di Jalan Tugu, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, lima individu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 20 hingga 24 tahun itu ditahan pada pukul 12.45 tengah hari.
“Hasil soal siasat ke atas suspek, pihak polis sekali lagi melakukan serbuan pada pukul 4 petang dan menangkap dua lagi warga asing terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia 26 dan 22 tahun.
“Kesemua tangkapan ini akan dipohon reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.
Menurutnya, setakat ini pihak polis masih melakukan siasatan berhubung motif dan punca kejadian.
Terdahulu, seorang lelaki dipercayai pemandu grab dijumpai mati dengan kaki diikat dengan kain serta cedera pada bahagian muka dan telinga di dalam but kereta di Jalan Tugu, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, dua anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi telah mengesan sebuah kereta Perodua Bezza di bulatan Hishammuddin, berhampiran Bank Negara, di sini yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
MPV tersebut segera mengejar kereta berkenaan sebelum pemandunya memberhentikan kereta di tepi jalan berhampiran Bangunan Majlis Perubatan Malaysia, Jalan Tugu, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, empat penumpang termasuk seorang wanita kemudian melarikan diri ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Tugu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta
- Yang suka buat penafian bukan UMNO tapi pemimpin PKR – Puad
- Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam
- Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
- Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam
- Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…
- Bakal pengantin dipanah petir ketika sedang bergambar
- Azalina bukan kritik PM, hanya pandangan peribadi yang ikhlas
- Pengantin baharu diberkas langgan pelacur ketika bulan madu
- Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar
- Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia
- Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera
- Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba