Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan

SEREMBAN, 11 Dis – Kerajaan Negeri Sembilan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkasa golongan belia melalui program pembangunan kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan, selaras dengan agenda membangunkan generasi muda yang lebih berkualiti dan berdaya saing.
Menurut ADUN Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, kerajaan negeri kekal tegas memberikan keutamaan kepada belia kerana mereka merupakan aset terpenting negeri.
“Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited memastikan belia kita mendapat ruang dan peluang untuk membina masa depan yang lebih kukuh. Program yang dilaksanakan bukan sekadar latihan, tetapi platform sebenar untuk meningkatkan kemahiran, kepimpinan dan ekonomi mereka,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan sidang DUN di sini.
Beliau turut menegaskan bahawa program seperti Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan TUNS Plus terus memberi manfaat kepada belia yang ingin memulakan perniagaan.
“Melalui program TUNS dan TUNS Plus, kita membantu usahawan belia memulakan dan mengembangkan perniagaan tanpa beban hutang besar. Ini bukti kesungguhan kerajaan memacu ekonomi belia,” jelasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
Selain itu katanya, program Bantuan Kecil Usahawan Belia yang memanfaatkan seramai 61 usahawan muda turut disifatkan sebagai bukti bahawa kerajaan negeri tidak meninggalkan golongan belia di peringkat komuniti termasuk Program Madani Youth Leadership Camp – MyLead yang mendapat perhatian kerana ia melahirkan pelapis pemimpin di peringkat daerah dan komuniti.
“MyLead bukan program biasa. Kita mahu belia diangkat menjadi pemimpin komuniti yang matang, berdisiplin dan mampu menjadi rakan strategik kerajaan dalam pelaksanaan dasar,” ujar beliau.
Tambahnya, peruntukan sebanyak RM185,500 kepada persatuan belia dan sukan pada tahun 2025 membuktikan kerajaan negeri sentiasa menyokong program akar umbi melibatkan sahsiah, kesukarelawanan dan pembangunan masyarakat.
Jelasnya, kerajaan Negeri Sembilan turut meningkatkan peluang kerjaya melalui NEST, sebuah pusat pembangunan bakat dan penempatan kerja yang kini telah melatih 1,778 peserta bersama 33 syarikat industri.
Mohd Razi menegaskan bahawa program pembangunan belia ini membawa perubahan yang ketara, bukan sekadar di atas kertas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama MARA Dan Batik Air Bantu Pelajar Miskin, B40 Jadi Jurutera Industri Penerbangan
- Onn Hafiz Serah Bantuan Kasih Johor Di Machap, Kerajaan Negeri Terus Perkukuh Agenda Kebajikan
- KKR Teliti Semula Projek Infrastruktur Awam, Berdasarkan Senarai Keutamaan
Kerajaan Komited Selesaikan Isu Perumahan Generasi Baharu FELDA, Bukan Retorik Pilihan Raya
“Kita sudah lihat impaknya. Belia semakin yakin, semakin aktif dan kini ramai menjadi pemimpin komuniti serta usahawan berjaya. Mereka bukan lagi pemerhati, tetapi penggerak pembangunan negeri,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa fokus kerajaan negeri adalah memastikan belia terus menjadi tunjang kemajuan Negeri Sembilan.
“Kita yakin, dengan program yang ada seperti TUNS, MyLead, NEST dan sokongan persatuan belia, generasi muda Negeri Sembilan akan menjadi lebih berdaya tahan dan mampu memacu pembangunan negeri,” katanya. – UMNO Online
Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
You must be logged in to post a comment.