PH punca kedaulatan negara diancam waris Sulu

PH punca kedaulatan negara diancam waris Sulu

Semasa PH memerintah pada tahun 2019, waris Sulu telah upah peguam asing untuk saman kerajaan.

Yang jadi masalahnya apabila Peguam Negara lantikan PH, Tommy Thomas telah tulis surat kepada waris Sulu di mana Malaysia mengaku kesal menghentikan bayaran dan menawar untuk selesaikan tunggakkan dari tahun 2013 hingga 2019 yang berjumlah RM43,800.

Inilah jadinya apabila memandai-mandai. Apa ke bodoh Tommy Thomas boleh tulis surat kepada waris Sulu dan mengaku salah.

Sejak 2013, Malaysia telah menghentikan bayaran RM 5,300 setahun kerana pengganas ini telah menceboroh negara dan membunuh 10 wira negara.

Dari tahun 2014 hingga 2018, Sulu tak berani saman Malaysia.

Disebabkan kebodohan Peguam Negara PH, peguam waris Sulu telah gunakan surat Tommy Thomas sebagai bukti.

Syed Saddiq pun tak payah nak putar belit isu ini untuk jadi hero. Kerajaan kamulah punca kepada masalah ini.

Faktanya, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan Malaysia menggantung “Final Award” yang dikeluarkan Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris dan ‘successors-in-interest’ kepada Sultan Jamalul Kiram II.

Aset PETRONAS bernilai RM 15 bilion dan kedaulatan negara terus selamat. Kerajaan bukannya bodoh untuk mengiktiraf tuntutan ini seperti zaman PH dulu.

Pembangkang juga tak payah cuba menjadi hero untuk bahas isu ini dalam Parlimen.

Sebab korang jugalah masalah ini timbul.

Saya sangat bersetuju Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun supaya tidak perlu bahas isu ini kerana “first rule of war is element of surprise”.

Kerajaan bukannya bodoh untuk dedah strategi kepada umum dalam melawan musuh.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

PH punca kedaulatan negara diancam waris Sulu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker