Kisah Ashabul Qaryah Antokiyah, hanya dengan satu pekikan semua jantung terhenti

Kisah Ashabul Qaryah Antokiyah, hanya dengan satu pekikan semua jantung terhenti

Mungkin ramai yang tidak tahu cerita tentang Ashabul Qaryah Antokiyah di dalam surah Yasin kerana ia tidak popular. Yang orang biasa dengar adalah kisah Ashabul Kahfi dan Ashabul Uhdud namun Ashabul Qaryah itu tidak ramai yang mengetahuinya.

Kisah ini diceritakan oleh Baginda s.a.w. untuk memberi peringatan kepada kaum kafir Quraisy di mana mereka bukan sahaja telah menolak risalah dakwah Baginda s.a.w. malah cuba untuk melukainya. Kerana itulah Allah memerintahkan Baginda s.a.w. agar meyampaikan kisah ini supaya mereka semua sedar dan mengambil pelajaran.

Ianya disebut dalam surah Yasin:13,

“Dan buatlah suatu perumpamaan bagi mereka, iaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka”

Kisah Ashabul Qaryah menceritakan tentang hancurnya sebuah kota/negeri yang mana penduduknya menyembah berhala. Suatu ketika penduduk kota tersebut didatangi tiga orang Rasul yang diutuskan Allah untuk menyampaikan risalah dakwah.

Di kalangan ahli tafsir seperti Ibnu Kathir mengatakan negeri atau kota tersebut bernama Antokiyah iaitu di dalam wilayah Turki namun setelah perang dunia ia termasuk di dalam wilayah Syria. Dan ada juga yang mengatakan ia terletak di Lebanon. Kejadian itu berlaku semasa zaman pemerintahan Raja Anticus atau Anthaikhas bin Anticus bin Anticus.

Ketiga-tiga utusan Allah itu menurut Ibnu Kathir dan at-Thabari bernama Shadiq, Shaduq dan Syalum. Mereka diutus untuk menyeru umat menyembah Tuhan yang esa dan tidak menyekutukanNya dengan yang lain. Namun seruan itu didustakan oleh penduduk Antokiyah yang mula bersikap biadab dan keji hingga berhasrat untuk membunuh ketiga-tiganya lantaran seruan itu telah menyebabkan kacau bilau dan rakyat ditimpa musibah, (dikatakan pada saat itu mereka sedang berhadapan dengan musim kemarau).

Malah mereka berkata sebagaimana disebut dalam surah Yasin: 15 & 18

“Kamu (utusan Allah) tidak lain hanyalah manusia seperti kami…”

“Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu. Sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami) nescaya kami rejam kamu dan kamu pasti merasakan seksaan yang pedih dari kami”

Maksud dari pernyataan ini ialah mana mungkin utusan tersebut diberikan wahyu sedangkan ketiga utusan itu hanyalah manusia biasa seperti mereka juga. Seandainya mereka benar-benar utusan tentulah dari kalangan malaikat. Dan inilah keraguan yang bersarang dalam benak fikiran kebanyakan manusia yang mendustakan Allah.

Di dalam keadaan yang kelam kabut itu muncul seorang lelaki untuk mempertahankan ketiga-tiga rasul tersebut. Menurut ahli tafsir lelaki itu dikenali sebagai Habib bin Najjar. Menurut sesetengah pendapat dia adalah seorang tukang kayu yang miskin. Disebabkan itu dia digelar an-Najjar iaitu (tukang kayu). Lelaki itu mempertahankan utusan Allah dan membenarkan ajaran yang disampaikan. Firman Allah surah Yasin:20,

“Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki dengan bergegas dia berkata, “Wahai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu”

Sedangkan Habib itu sendiri adalah penderita penyakit kusta yang telah bertahun-tahun menyepikan diri dari masyarakat.

Diceritakan juga, bagaimana lelaki itu dikatakan beriman setelah menderita sakit kusta. Namun ketiga-tiga rasul itu mengatakan, “Jika engku beriman maka Allah akan sembuhkan.”

Maka lelaki itu menjawab, “Bagaimana mungkin sedangkan aku sudah bertahun-tahun menyembah berhala namun ia masih belum sembuh lagi.”

Maka kata rasul itu, “Allah Maha Berkuasa kalau Dia mahukan.”

Maka lelaki itu beriman, tidak sampai satu ketika sembuhlah penyakit lelaki itu. Semakin kuatlah keimanan lelaki itu.

Panjang sungguh lelaki itu berhujah dan memujuk orang kampungnya agar kembali kepada Allah. Hujahnya bermula dengan pertanyaan,

“Mengapa aku tidak akan menyembah kepada yang telah menciptakan daku dan kepadaNya kamu semuanya akan dikembalikan.” (surah Yasin: 22).

Namun seruan itu menyebabkan penduduk kampungnya naik darah dan menyerangnya. Lelaki itu lalu dipijak-pijak hingga terkeluar isi perutnya dan akhirnya mati. Disaat detik terakhir sebelum dia syahid, dia telah diperlihatkan akan nikmat syurga di mana malaikat turun memberitahukan bahawa Allah S.W.T. telah mengampuni dosanya dan akan dimasukkan ke dalam syurga.

Allah berfirman dalam surah Yassin: 26

“(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya “Masuklah ke dalam syurga” Ia berkata, “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahuinya.”

Setelah kematian Habib maka, Allah berfirman dalam surah Yasin: 28 & 29,

“Dan setelah dia meninggal, Kami tidak menurunkan suatu pasukan (bala tentera) pun dari langit kepada kaumnya dan kami tidak perlu menurunkannya”

“Tidak ada seksaan terhadap mereka melainkan dengan satu teriakan sahaja maka seketika itu mereka mati”

Begitulah balasan kepada penduduk Antokiyah yang bukan sahaja mendustakan dakwah yang dibawa oleh para rasul malah mereka sanggup melakukan pembunuhan yang kejam terhadap hamba Allah yang beriman.

Hanya dengan satu pekikan yang maha dasyat dari langit, maka seketika itu juga semua penduduk kota tersebut mati. Bayangkan betapa kuat dan dasyatnya bunyi pekikan tersebut sehingga mampu menyebabkan jantung manusia yang mendengarnya terus berhenti. Subhanallah. Utv

Kisah Ashabul Qaryah Antokiyah, hanya dengan satu pekikan semua jantung terhenti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kisah Ashabul Qaryah Antokiyah, hanya dengan satu pekikan semua jantung terhenti

Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker