Gajah ditemui mati makan pisang diperam karbit

BANGKOK – Pengusaha kem Koh Chang, timur Thailand memberi amaran kepada pelancong supaya tidak lagi memberi makan kepada gajah sejurus haiwan itu ditemui mati akibat memakan pisang yang dicemari bahan kimia, lapor Thaiger.

Menurut jurulatih gajah itu, Chaisawan Nueng Phisin, beberapa minggu lalu, seekor gajah jantan berumur 20 tahun di Kem Gajah Kaebai Meechai di Koh Chang didapati jatuh sakit dan mengalami kembung perut selepas diberi makan oleh pelancong.

Katanya, hasil siasatan mendapati gajah itu makan pisang yang di beli di pasar dan dicampur dengan gas etilena atau karbit.



Justeru, seorang doktor haiwan dipanggil dari Hospital Gajah di wilayah Lampang dan telah melakukan pemeriksaan endoskopi, sinaran -X dan beberapa rawatan lain, menemui kegagalan apabila haiwan itu disahkan mati pada Sabtu lalu.

Kebiasaannya di pasar segar, buah-buahan akan diperam dalam bekas mengandungi karbit supaya cepat masak. Bagaimanapun, kandungan bahan tersebut boleh membawa maut kepada haiwan seperti gajah apabila memakannya.

Jadi, pihak kem meminta kerjasama pelancong supaya berhati-hati dengan membawa makanan yang tidak dirawat bahan kimia. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]



Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker