Geng intai wanita bogel ketika mandi sejak 30 tahun tumpas
Geng intai wanita bogel ketika mandi sejak 30 tahun tumpas
Tokyo: Polis Jepun menumpaskan kegiatan kumpulan voyeurisme (amalan mengintai orang lain bertelanjang) yang disyaki merakam gambar dan video ribuan wanita ketika mandi di kolam air panas di seluruh Jepun selama lebih 30 tahun.
Independent UK yang memetik akhbar The Asahi Shimbun melaporkan, tangkapan 16 lelaki itu adalah kejayaan polis di wilayah Shizuoka selepas menahan lelaki disyaki ketua kumpulan itu, Karin Saito, 50, lebih setahun lalu.
Saito, yang ditangkap pada Disember 2021, mengenal pasti lebih daripada puluhan lelaki yang katanya merakam dan berkongsi imej serta video aib wanita mandi di kolam air panas.
Tangkapan dibuat awal bulan ini dan membabitkan eksekutif kanan syarikat, pegawai kerajaan tempatan dan seorang doktor dari Tokyo.
Mereka didakwa melanggar ordinan pencegahan gangguan, undang-undang terhadap fotografi haram dan pornografi.
Mereka juga disyaki melanggar undang-undang pornografi kanak-kanak.
Saito mengaku melakukan perbuatan itu di sekurang-kurangnya 100 lokasi ketika dia berusia 20 tahun.
Menurut penyiasat, lelaki yang ditangkap mempelajari teknik voyeurisme daripada Saito, yang dikenali sebagai pengintai berkarisma dalam rangkaian, dan menggunakan teknologi canggih untuk merakam sekurang-kurangnya 10,000 wanita.
Mereka pernah merakam gambar dan video wanita di kolam air panas sambil bersembunyi beberapa ratus meter jauhnya di pergunungan.
Peralatan video dan fotografi berkualiti tinggi, termasuk kanta telefoto, digunakan oleh kumpulan itu.
Lelaki itu kemudian menghasilkan video lengkap dengan sari kata. Mereka turut mengadakan perhimpunan untuk menayangkan video.
Berita penahanan itu menimbulkan kejutan melalui komuniti kolam air panas negara, yang menarik kunjungan jutaan pelancong domestik dan antarabangsa setiap tahun.
Ia menimbulkan kebimbangan bahawa berita itu akan memberi kesan buruk kepada industri yang bangkit semula selepas dilanda wabak Covid-19.
“Ia mengejutkan dan saya perlu mengatakan perbuatan voyeurisme untuk tujuan mendapatkan imej bogel seseorang yang berlainan jantina perlu dihukum berat,” kata pengarah eksekutif Persatuan Mata Air Panas Jepun, Yutaka Seki kepada South China Morning Post (SCMP). HM
Geng intai wanita bogel ketika mandi sejak 30 tahun tumpas
Baca Artikel Menarik:
- Bekas peninju negara dipenjara 5 tahun kerana terlibat dalam kumpulan jenayah AYT 99
- Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
- Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar
- Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar
- Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia
- SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’
- Axia baharu harga bermula RM38,600
- Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP
- Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz
- Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN
- Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis
- Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair
- Suspek amang seksual kerat zakar sendiri guna sabit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]
Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang
Geng Motor Pancung Leher Orang