Puad pesan Rafizi sedia banyak payung

PRU15

Puad pesan Rafizi sedia banyak payung

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkarshi berpesan kepada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya menyediakan banyak payung.

Ia sindirannya ekoran kegagalan petisyen bantahan terhadap pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) yang dilancarkan Rafizi yang tidak menjadi realiti.

“Saya nak pesan kepada Rafizi…sediakan banyak payung, sediakan payung sebelum hujan, nampak petisyen dia termasuk petisyen Bersih gagal sebenarnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi Menara Dato, Onn di sini hari ini.

Mohd Puad berkata, petisyen yang dilancarkan oleh orang nombor dua PKR itu gagal dan hanya meraih 3,000 sokongan sahaja.

Perkara itu disebabkan rakyat mahu supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini bagi mendapatkan sebuah kerajaan yang stabil untuk mengemudi negara.

“Sebenarnya tak cepat pun sebab sudah dekat sangat tempoh edah pilihan raya tetapi rakyat memang tidak sabar untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang stabil sebenarnya.

“…sebab itulah petisyen Rafizi dan petisyen Bersih tidak mendapat sokongan,” katanya lagi.

Sebelum ini Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, melancarkan petisyen membantah PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh.

Petisyen itu, menurut Rafizi, dilancarkan ketika UMNO meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU-15 secepat mungkin.

Jelasnya, jika Parlimen dibubarkan sebulan dari sekarang, pilihan raya akan diadakan pada musim tengkujuh dan mahu orang ramai menandatangani petisyen itu dan menyebarkannya ke saluran masing-masing. MG

Puad pesan Rafizi sedia banyak payung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker