LTAT ambil alih BPlant, kerajaan lulus pinjaman RM2 bilion

Kementerian Kewangan bersetuju memberi jaminan kerajaan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk membeli semua saham Boustead Plantations Bhd (BPlant).

Menteri Pertahanan Mohamad Hasan memberi jaminan kepada Dewan Rakyat hari ini bahawa keputusan kerajaan untuk menjamin pinjaman RM2 bilion LTAT adalah keputusan kabinet.

“Selaras dengan keputusan jemaah menteri, Kementerian Kewangan telah bersetuju menyediakan Jaminan Kerajaan kepada LTAT untuk membolehkan LTAT mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 bilion dari institusi kewangan untuk melaksanakan tawaran am ini,” katanya memberitahu Dewan Rakyat hari ini.



“Pihak LTAT telah membuat pengumuman cadangan Tawaran Am ke atas semua saham BPlant, bagi memastikan LTAT memelihara kepentingan prinsip kesaksamaan serta melindungi kestabilan dan integriti pasaran modal Malaysia,” katanya lagi.

Mohamad juga menjelaskan sebab utama cadangan pengambilalihan syarikat perladangan itu.

“Memberi autonomi dan fleksibiliti kepada LTAT untuk menentukan hala tuju strategik dan meningkatkan prestasi operasi.

“Menjalankan aktiviti penambahan nilai bagi merealisasikan potensi maksima BPlant.



“Mengukuhkan kedudukan kewangan BPlant dan seterusnya Kumpulan Boustead,” jelasnya.

Sementara itu, menteri pertahanan juga berkata LTAT telah melancarkan Pelan Strategik LTAT 2023-2025 untuk mencapai visi ke arah menjadi sebuah kumpulan wang persaraan yang mampan.

“Strategi yang akan dilaksanakan adalah bertujuan untuk beralih daripada sebuah dana pelaburan kepada sebuah dana persaraan (investment fund to retirement fund).

“Pada masa ini, terdapat beberapa isu legasi dalam Kumpulan Boustead yang sedang dihadapi oleh LTAT.



“Hampir 50 peratus dana pelaburan LTAT terperangkap di dalam Kumpulan Boustead. Jadi, prestasi LTAT bergantung hampir sepenuhnya kepada prestasi dan kedudukan kewangan Kumpulan tersebut,” katanya

Mohamad memaklumkan pada tahun 2018, Boustead Holdings Berhad (Boustead) mencatatkan kerugian yang pertama semenjak penyenaraiannya.

“Semenjak itu, Boustead tidak mampu membayar sebarang dividen kepada LTAT. Boustead hanya mampu membayar 1.5 sen sesaham pada suku keempat tahun 2022.

“Pada masa ini, Kumpulan Boustead sedang mengalami kemelut aliran kewangan, akibat dari keperluan mendesak untuk membiayai hutang legasi yang perlu dijelaskan dalam tempoh masa yang terdekat,” jelasnya.



Jumlah keseluruhan hutang yang ditanggung oleh Kumpulan Boustead, kata Mohamad adalah sebanyak RM6.8 bilion.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merupakan pemegang kepentingan utama dalam Bplant dan syarikat induknya, Boustead Holdings Bhd.

LTAT ialah badan berkanun yang mengendalikan skim pencen untuk angkatan tentera.

Pengambilalihan Bplant oleh LTAT dilaporkan beberapa hari lalu dengan tawaran harga oleh Bplant sebanyak RM1.55 sesaham.



Pengumuman ini susulan pembatalan perjanjian antara LTAT dan Bplant dengan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) pada 4 Okt.

KLK telah mencadangkan untuk mengambil alih 739.20 juta saham, atau 33 peratus kepentingan dan satu saham BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.

KLK juga mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk mengambil alih semua baki saham BPLant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT hasil daripada cadangan pengambilalihan pada RM1.55 sesaham BPlant.

Harga tawaran itu menilai Bplant pada RM3.47 bilion.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker