Emilia tidak malu jadi banduan, bebas selepas 7 hari

Emilia ketika ditemui di pintu Penjara Wanita Kajang hari ini.

PETALING JAYA – “Saya tak malu digelar banduan, saya masuk atas ketidakadilan, saya tenang hati sebab saya tak buat salah”.

Demikianlah kata-kata yang diluahkan bekas isteri kepada ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, Emilia Hanafi, setelah selesai menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Beliau yang ditemui pemberita di pintu Penjara Wanita Kajang hari ini berkongsi pengalaman dan luahan sepanjang berada di dalam lokap.

“Rasa syukur saya bebas, saya masuk memang saya dah jihad dan ketika di dalam saya tak ada masalah atau rintangan.

“Saya gunakan masa yang ada sebaiknya untuk diri saya dan bantu rakan-rakan yang lain,” katanya menerusi satu rakaman yang dimuat naik di laman TikTok.

Dalam pada itu, Emilia turut bercerita keadaan yang berlaku di dalam lokap dan katanya terdapat 22 penghuni yang ditempatkan dalam satu sel.

“Dalam satu sel ada 22 orang, di dalam sana ada satu tong untuk buang air kecil, satu tong untuk buang air besar, tak ada penghalang dan guna kongsi-kongsi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berharap agar situasi yang menimpanya itu tidak akan berlaku kepada mana-mana wanita diluar sana terutamanya golongan ibu tunggal bersama anak-anak.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker