Gali lubang cabaran baharu di TikTok

Gali lubang cabaran baharu di TikTok

TALLAHASSEE, Florida – Beberapa pegawai menyatakan bahawa lubang yang ditemui di sebuah pantai di negeri Florida berpunca daripada pengunjung cuba melakukan cabaran TikTok, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Penduduk setempat, Allison Ward berkata, dia menemui empat buah lubang sedalam 1.5 meter dan lebar 121 sentimeter di tepi pantai di bandar Sanibel, Florida sepanjang minggu lalu.

“Saya hampir terjatuh dalam lubang itu. Saya pernah melihat lekukan tetapi tidak pernah melihat lubang dalam seperti ini di tepi pantai,” kata Ward.

Menurut Datuk Bandar Sanibel, Holly Smith, pekerja jabatan kerja raya telah diarah untuk menimbus lubang-lubang terbiar itu. Menurutnya, kewujudan lubang itu berpunca daripada orang ramai menyahut cabaran di laman TikTok.

“Terdapat cabaran TikTok yang berbunyi ‘Sedalam mana anda boleh menggali?’” kata Smith.

Jabatan polis tempatan menyiarkan gambar di laman Facebook minggu lalu yang menunjukkan lubang besar ditinggalkan di tepi pantai dengan penyodok masih berada di dalamnya.

Justeru, polis meminta sesiapa yang menggali lubang di pantai itu untuk memastikan mereka menutupnya kembali sebelum beredar.

“Sila timbus lubang anda dan bawa barang-barang anda bersama. Lubang yang dibiarkan berbahaya kepada pengunjung pantai lain,” kata jabatan polis. K Online

Gali lubang cabaran baharu di TikTok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker