Asyraf Wajdi kata kerajaan boleh jatuh bila-bila masa

asyraf PAU

SHAH ALAM- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan adalah mustahil untuk kerajaan menunggu sehingga keadaan inflasi pulih sepenuhnya bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, mengikut kitaran ekonomi, keadaan inflasi akan berterusan sehingga dua tahun namun tempoh matang PRU hanya berbaki 11 bulan lagi.

“Apakah kita mahu tunggu sehingga inflasi selesai? Tak mungkin. Yang paling utama adalah macam mana nak memastikan pelabur yakin sebab kita perlu pulihkan balik ekonomi.

“Kita mesti pastikan pelabur ada keyakinan untuk melabur. Bukan saja domestik, tapi juga pelabur luar.

“Rata-rata ahli perniagaan dan juga pelabur hanya mahukan kepastian tentang kerajaan mutlak, bukan seperti kerajaan yang ada pada hari ini yang boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja,”

Ujar beliau, ahli perniagaan dan pelabur sudah melalui zaman gelap sepanjang tempoh tiga tahun melibatkan pertukaran tiga Perdana Menteri dan kerajaan.

“Apa jaminan bahawa kerajaan ini tidak akan berubah pun?” soalnya.

Tegas Asyraf, oleh kerana itu, ahli perniagaan dan para pelabur menggesa PRU dilakukan agar kerajaan mendapatkan mandat daripada rakyat,.

“Tidak kisah siapa yang memerintah, yang penting kerajaan itu biar kerajaan yang jelas.

“Kerajaan kini bukan kerajaan mandat rakyat. Itu jelas dan kita tak boleh berselindung. Waktu kita tubuhkan kerajaan ini pun, kita kata ia untuk sementara,” jelas beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker