Pendakwaan terpilih perlu ditamatkan

Zaid Ibrahim berharap BN dapat mengubah sistem keadilan negara bagi menamatkan amalan pendakwaan terpilih, jika menang dengan majoriti besar dalam pilihan raya umum akan datang.

“…kalau BN boleh menang, kamu ada majoriti besar, kamu boleh ubah semua ini,” kata bekas menteri undang-undang itu.

Katanya, tugas sebagai pendakwa awam juga mesti dipisahkan daripada peguam negara bagi mengelakkan salah guna kuasa dan amalan balas dendam politik berterusan.

Memberi contoh, Zaid berkata pendakwaan terpilih berlaku pada kes Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

“(Dalam kes Zahid) duit dari syarikat sama, untuk benda yang sama. Dia bagi kepada A, B, C, D, E (tapi) mereka tak didakwa. Ini pendakwaan terpilih,” katanya dalam rancangan bual bicara  Hello Malaysia.

Dalam kes Najib pula, katanya, terdapat pendakwaan di New York dan Abu Dhabi yang menyaksikan hukuman penjara dikenakan berkaitan kes 1MDB.

Bagaimanapun di Malaysia, katanya, pihak pendakwaan hanya menyasarkan Najib.

“Aadakah masuk akal, ibu pejabat penipuan itu di Malaysia, (tetapi) yang mereka nak hanya seorang sahaja.

“Adakah penipuan sebesar itu, yang digelar kleptokasi terbesar di dunia, kita nak seorang sahaja,” kata bekas pengamal undang-undang itu.

Katanya, dengan membataskan peranan peguam negara, dia dapat menumpukan usaha kepada menasihati perdana menteri dan malah menjawab soalan di parlimen.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker