Semalam Hadi mahu PRU-15 disegerakan, Takiyuddin kata tidak sesuai

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,PRU15 tidak sesuai diadakan dalam terdekat kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat yang terjejas teruk akibat pendemik Covid-19.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli juga menegaskan kerajaan sedia ada kukuh kerana turut mendapat sokongan pembangkang menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani kedua-dua belah pihak, sebelum ini.

“Tiada sebab perlunya PRU tergesa-gesa. Bukan isu Pas takut kalah, lawan tetap lawan. Kalah menang itu permainan sebab dalam PRU tak ada seri. Main bola ada seri…itu terpulang pada rakyat,” katanya di Putrajaya baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata demikian mengenai desakan banyak pihak termasuk UMNO apabila Perdana Menteri dan kerajaan segera menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon Seri Paduka Baginda segera membubarkan Parlimen sekali gus memberi laluan kepada PRU15, diadakan dalam masa terdekat.

PRU15 dijangka diadakan antara hujung tahun ini atau tahun depan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menjelaskan Perkara 54, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa untuk memanggil dan membubarkan Parlimen adalah terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam melaksanakan fungsinya mengikut Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat kabinet dan bukan daripada mana-mana individu termasuklah Perdana Menteri sendiri.

PERANG MULUT PAS-UMNO CUIT-CUIT MANJA

Dalam pada itu, Takiyuddin menyifatkan perang mulut antara pemimpin Pas dan UMNO sekarang adalah tidak seteruk dulu dan hanya sekadar ‘cuit-cuit manja’ dalam politik sahaja.

“Tidak ada percakaran dan gaduh besar, cuma cuit-cuit manja politik sahaja. Kalau betul-betul berlaku percakaran kerajaan sedia ada sudah runtuh. UMNO dalam kerajaan Persekutuan, Pas pun dalam kerajaan Persekutuan bersama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan Persekutuan, jadi apa yang percakaran?

“Kami kekal bersatu dalam Kerajaan Persekutuan. Cuma dulu PM (Perdana Menteri) daripada Bersatu, sekarang BN. Secara positif saya lihat tak ada apa-apa masalah dalam kerajaan kita…kerajaan Persekutuan mahu pun kerajaan negeri,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain Takiyuddin menasihatkan pemimpin UMNO jangan terlalu emosi dan mengikut perasaan serta ‘cepat sentap’ apabila ada pihak tertentu menggesa Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya berehat sementara berikutan kes mahkamahnya kini dibicarakan di mahkamah ketika ini.

Takiyuddin berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar yang meminta Presiden UMNO berehat hanya pandangan peribadinya bukan pendirian mewakili parti.

“Kenyataan wakil Pemuda Pas bukan berniat menyerang UMNO tetapi sekadar ‘cuit-cuit manja’ dalam politik sahaja, tidak keras dan lantang seperti dahulu.

“Ini seperti kata pepatah Melayu ‘kalau tak mahu dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Kenyataan itu sebenarnya tak lambangkan pendirian parti, itu individu kerana mungkin ada soalan-soalan tertentu ditanya kepada dia dan itu respon dia,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker