UAI kata haram sihir,santau PM Israel [VIDEO]

Perbuatan menghantar sihir atau menyantau Perdana Menteri Israel adalah haram di sisi agama kerana ia sudah melampaui batas malah tidak mempunyai keperluan ketika berlakunya peperangan.

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu ceramahnya berkata, perbuatan sedemikian adalah haram bagi umat Islam ketika berdepan peperangan.

“Dalam peperangan tidak boleh melampaui batas, tidak boleh melakukan perkara yang haram. Sebagai contoh, menelanjangkan musuh tidak boleh walaupun dia membunuh kita. Menelanjangkan musuh tidak boleh kerana aurat yang mana ia bukan keperluan.



“Jika tindakan menembak, bom ketika peperangan boleh, itu diperlukan dalam peperangan. Maka, asalnya dalam peperangan haram bunuh orang awam. Oleh kerana Israel buat maka kita dibolehkan buat.

“Dalil Allah berkata, barangsiapa yang melampaui batas terhadap kamu maka kamu boleh melampaui batas sama seperti yang dibuat ke atas kamu,” jelasnya dalam ceramah berkenaan.

Tambahnya lagi, hukum menghantar sihir mahupun santau mereka yang menzalimi umat Islam di Palestin tetap haram meskipun dengan niat ingin memudaratkan pihak musuh.

“Dalam bab sihir, santau tidak boleh. Jika orang menyihir kita, kita pula membalas dengan sihir maka ia tidak boleh.



“Untuk balas sihir boleh, yang mana kita melakukan solat hajat, kita guna doa agar sihir kembali kepada diri dia sendiri. Penggunaan sihir itu diharamkan syarak,”katanya.- KOSMO! ONLINE.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramYoutube, & TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker