Warga emas sesat ketika mendaki bukit ditemui mati

Mangsa ditemui oleh orang awam dan didapati telah meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan sesat ketika mendaki di bukit berhampiran Persiaran Shorea Seksyen U16 dekat sini pada Selasa ditemui meninggal dunia pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa berusia 64 tahun itu mendaki bukit berkenaan bersendirian pada jam 9.30 pagi Selasa.

“Mangsa kemudian menghubungi anaknya pada jam 3.43 petang hari sama setelah gagal menemui jalan pulang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Iqbal berkata, operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, namun gagal mengesan mangsa sehingga jam 7.50 petang Rabu.



“Mangsa ditemui orang awam dan didapati telah meninggal dunia. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Saipol Paizi di talian 012-5781435,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker