Pokok besar tumbang, Bomba sahkan seorang maut seorang cedera parah

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seorang mangsa maut apabila sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur petang tadi menghempap kereta mangsa.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata kejadian melibatkan sebatang pokok besar yang tumbang dan menghempap 17 buah kenderaan selain dahan pokok turut mengenai landasan monorel di jalan tersebut.

“Dua orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa pertama seorang lelaki berumur 47 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



“Manakala mangsa kedua, lelaki berumur 26 tahun mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak paramedik KKM dilokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada kejadian petang tadi, sebuah pokok besar tumbang ke arah jalan raya susulan hujan lebat dan ribut serta angin kuat yang melanda beberapa tempat di Kuala Lumpur. Kejadian itu turut merosakkan sebuah perhentian bas berhampiran.

Pokok besar tumbang hempap kenderaan di Jalan Sultan Ismail, ada mangsa terperangkap [VIDEO]



Susulan kejadian tersebut, jentera JBPM dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah dan tiga balai lain telah dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan pada jam 2.19 petang tadi.

Sementara itu, Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara susulan semua Stesen Monorel antara Stesen Hang Tuah dan Medan Tunku tidak dapat beroperasi.

Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan yang diaktifkan adalah bas perantara ulang-alik dari KL Sentral ke Medan Tuanku dan tren perantara antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1).

“Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan di semua stesen Laluan Monorel telah dilakukan untuk makluman penumpang,” kata syarikat itu.



Operasi Laluan Monorel itu mengalami gangguan perkhidmatan disebabkan dahan pokok yang tumbang ke atas landasan akibat hujan lebat dan ribut di ibu negara, petang tadi.

Susulan itu, perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku tergendala.

Rapid KL sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker