BTS bawa haluan, tumpu kerjaya solo

BTS bawa haluan, tumpu kerjaya solo

Kumpulan pop sensasi, BTS mengumumkan akan berehat bagi satu tempoh yang belum ditetapkan demi memberi tumpuan terhadap kerjaya solo.

Berita mengejutkan itu dikongsi dalam bentuk video kumpulan dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ketika majlis makan malam FESTA sempena menyambut ulang tahun kesembilan kumpulan popular itu.



Majlis makan malam FESTA antara rutin tahunan bagi menyambut ulang tahun penubuhan BTS.

Jungkook berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka memerlukan ruang mencari pengalaman baharu dalam kerjaya seni.

“Setiap kami mahu berseronok dan menimba pengalaman dalam banyak perkara.

“Kami berjanji akan kembali bergabung, suatu hari nanti. Pada masa itu, kami akan lebih matang daripada apa yang dilihat sekarang,” ujarnya.



Tanpa menyatakan sampai bila mahu membawa haluan sendiri, sebaliknya, kumpulan yang cukup menerusi lagu Dynamite dan Butter ini teruja ketika bercerita keinginan untuk meneroka kerjaya sebagai penyanyi solo.

“Saya selalu menganggap BTS berbeza daripada lain, tetapi masalah sering dihadapi kumpulan K-Pop dan sistem yang membentuk kerjaya kerana tiada ruang menjadi lebih matang.

“Kami kena sentiasa menghasilkan muzik dan terus melakukan sesuatu,” terang RM.

Diakui keputusan itu bukanlah perkara mudah dilakukan.



“Walau apapun, peminat adalah perkara pertama yang difikirkan. Kami mahu menjadi anak seni yang sentiasa dikenang peminat.

“Sekarang adalah masanya untuk kami memikirkan artis bagaimana yang kami mahu peminat kenang.

“Pada fikiran saya, inilah sebabnya kami perlu melalui kesukaran seperti ini. Kami cuba mencari identiti sendiri dan itu adalah satu proses yang sangat panjang dan memenatkan,” luah Jimin.

BTS ditubuhkan pada 2010 selepas pengasas syarikat pengurusan, Big Hit Entertainment iaitu Bang Si-Hyuk berjaya mengesan bakat RM, diikuti anggota yang lain.



Kumpulan itu membuat penampilan sulung pada 2013. Sejak itu, BTS terus mencipta kemasyhuran dan meraih pelbagai kejayaan.

Antara pencapaian terbaik termasuklah menembusi pencalonan Anugerah Grammy, lagu menduduki carta nombor satu Billboard Hot 100 dan mempunyai peminat setia dari seluruh dunia yang menggelarkan diri sebagai Army. BH

BTS bawa haluan, tumpu kerjaya solo


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato



India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker