Ganja Thailand: Apa persediaan kita?

SEMUA pihak perlu bersedia dengan kemungkinan penggunaan ganja yang akan mengalami peningkatan di negara ini susulan Thailand membenarkan penggunaan bahan tersebut.

Memang ia bakal menjadi satu cabaran besar kepada kita untuk memastikan kesan buruk ganja kepada negara dapat dikawal.

Berdasarkan kajian, ganja juga adalah sama seperti dadah lain yang menyebabkan ketagihan.



Malah kajian pada tahun 2010 menunjukkan mereka yang cuba berhenti daripada mengambilnya akan mengalami kesan penolakan dan terpaksa bergantung terus kepada ganja.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan ganja adalah jalan keluar daripada kekusutan atau kekacauan minda, namun ia satu pandangan yang silap kerana dadah tersebut hanya akan menambah rasa kecelaruan dan kemurungan selain membuat kalian terasing daripada masyarakat.

Pada kebiasaannya apabila sudah ketagih dengan satu jenis bahan khayal, seseorang itu cenderung mencuba bahan khayal yang lain pula.

Inilah antara perkara membimbangkan jika masalah ganja ini tidak diatasi dengan baik. Justeru kita ingin tahu apakah langkah-langkah kerajaan dan pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini.



Jika dahulu kita mempunyai sebuah agensi yang dikenali sebagai Aksem atau Agensi Kawalan Sempadan tetapi kini sudah tiada lagi dan tugas serta tanggungjawab mereka diletakkan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mungkin kerajaan perlu mengembalikan Ops Benteng yang melibatkan penyertaan banyak pihak termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Malah penglibatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga amat penting untuk memberi pendidikan kepada semua pihak tentang bahaya ganja.

Hanya dengan penglibatan yang bersepadu oleh semua pihak kita mampu mengatasi masalah tersebut dengan baik.



Dengan memperkuat kawalan sempadan negara, kita bukan sahaja boleh mengatasi masalah ganja, malah jenayah rentas sempadan yang lain.

Kejayaan Ops Benteng ini sebenarnya kita telah dapat dilihat ketika negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan semua pintu masuk negara dikawal dengan amat ketat.

Justeru, rakyat amat berharap agar kerajaan dapat mengambil langkah segera bagi memastikan kesan masalah ganja dapat diatasi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)



“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker